Followers

Friday, 4 May 2012

Cari jodoh ! ^^

Assalamualaikum w.b.t..

Salam Jumaat ! Allahumma solli'ala Muhammad wa'ala Muhammad.. Selawat ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad s.a.w.. Rasa rindu yang semakin hari semakin menebal kepada baginda.. Hanya selawat penawar rindu. Mudah-mudahan selawat kita pada hari ini sampai kepada baginda, Rasulullah ! 

InsyaAllah, pada hari Jumaat ni saya nak berceloteh sedikit tentang jodoh. Sebenarnya dah lama nak tulis pasal ni. Baru hari ni ada chance. Kalau ada yang baca entry ni dan mengenali diri ni, jangan fikir bukan-bukan plak la ya. Sekadar berceloteh. ^^ Mudah-mudahan ada ilmu yang dapat dikongsi, InsyaAllah.


"Aku nak sangat kahwin awal, tapi napa jodoh tak sampai-sampai pon? "

Sapa yang pernah rasa macamtu ? ^^ Hehe.. Orang yang nak berkahwin ni kira normal la ya. Ada ka yang tak mau kahwin? *Mungkin ada. Hmm.. Untuk mendekatkan jodoh dengan diri kita, bukanlah semudah itu. Maksud saya, ada orang yang senang ja kan kahwin. Ada pulak orang yang lambat kahwin tapi dia ada keinginan tu. Walau apapun keadaan, BERSANGKA BAIKLAH dengan Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.

Kadang-kadang jodoh kita lambat sebab :

@~~ Kita masih lagi tak bersedia dari segi menjaga makan pakai diri sendiri. Macamana nak kahwin, kan?
@~~ Mungkin jugak kita ni masih tak bersedia dari segi ilmu rumahtangga. Takut-takut kalau kahwin nanti dan tiada ilmu dalam berumahtangga haru-biru pulak di kemudian hari. Tak gitu?
@~~ Akhlak seseorang tu barangkali masih di tahap yang rendah. Bimbang, kalau kahwin nanti boleh jadi rumahtangga tak bahagia sebab masih berakhlak dengan akhlak yang mazmumah.
@~~ Mungkin masih bersikap keanak-anakan (Tak matured)


Pendek kata *Panjang pon boleh :

Bila setiap kali mempersoalkan tentang jodoh, cuba tanya diri kita beberapa soalan :

1. Aku ni dah betol-betol ready ka nak kahwin ni?
2. Aku ni dah sedia nak bangun pagi awal ka? Ka still dok bangun lambat ? 
3. Aku dah sedia ka nak pikul tanggungjawab ? 
4. Adakah ilmu yang aku ada ni sudah menjadikan aku seorang bakal suami/isteri yang baik?
5. Suami/isteri yang macamana aku nak jadi andai aku berkahwin nanti ?
6. Apakah sebab aku nak kahwin dan apa matlamat aku bila aku sudah berkahwin?
7. Ekonomi dah kukuh kah?

Itu antara soalan-soalan yang boleh kita tanyakan pada diri sendiri. Mungkin ada yang berkata, 'jenuhla kalau nak tunggu ilmu cukup. Sampai ke mati pun ilmu takkan cukup'. Tak pun, 'kalau nak tengok pada tanggungjawab, memangla besar. Sampai bila pun takdak orang berani kahwin.."

Ya, memang pon. Betol la kalau ada yang beranggapan sedemikian. Ilmu kita kena tuntut sampai la ke liang lahad. Tapi, dalam soal kahwin ni, ilmu yang ada tentang perkahwinan, tentang nak menjadi suami dan isteri yang baik, agak-agak sudah cukup atau tidak ? At least biar ada ilmu serba sedikit. Lepas kahwin, boleh top up lagi ilmu tu. Jangan kerana tiada ilmu, bercerai-berai suami isteri lepas kahwin. =) Sebab itulah ilmu tu sangat penting. 


Kalau kita nakkan suami / isteri yang soleh/solehah, maka kita kena mempersiapkan diri kita ke arah tu dulu. ^^ Kalau still dok bersms / call / chatting / dll dengan orang yang bukan mahram dan berlainan jantina, macamana nak dapatkan suami/isteri yang soleh dan solehah kan? Sama-sama kita perbaiki akhlak diri. =)

Lastly, banyakkan berdo'a. Ada kan do'a untuk dekatkan jodoh. Di samping tu, prepare untuk jadi seorang suami/isteri yang soleh dan solehah. Check amal ibadat kita dan hubungan kita dengan Allah. Begitu juga hubungan kita dengan manusia. Check jugak rutin harian kita. Adakah rutin yang ada ni melayakkan kita untuk jadi seorang suami.isteri. Kalau bilik dok bersepah-sepah lagi, boleh ka nak kahwin ? ^^ kan? InsyaAllah, kalau suma tu dah ok, tak lambat dah kot jodoh tu kan. Jangan mudah putus asa dalam berdo'a dan sentiasa berbaik sangka dengan Dia. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Awal atau lambat, pasti ada hikmahnya. ^^

لاَ يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلاَّ دُعَاءٌ
“Tidak ada yang dapat menolak ketentuan Tuhan kecuali doa”
Bagi golongan lelaki, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.” 
Rasulullah s.a.w pernah bersabda, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia, jika tidak kamu lakukan demikian akan berlakulah fitnah di bumi dan kerosakkan yang besar.” [2]
Di dalam riwayat yang lain, menurut Abu Hatim al-Muzani r.a., selepas Rasulullah s.a.w bersabda seperti di atas, lalu para sahabat bertanya, “Ya Rasulullah ! Walaupun dia telah mempunyai isteri?” Lalu Rasulullah s.a.w mengulangi, “Apabila orang yang engkau redha agama dan akhlaknya datang meminang, maka kahwinkanlah dia!” sebanyak tiga kali. 
 Hadith dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”







No comments:

Post a Comment