Kepada Allah aku sandarkan sepenuh pergantungan..
Ramai orang beranggapan bahawa solat istikharah hanya PERLU dan PENTING dilakukan untuk memilih jodoh. Adakah Allah hanya diperlukan pada ketika itu?
Ingin saya kongsikan satu pengalaman saya sendiri ketika saya sedang mengalami satu permasalahan. Permasalahan tersebut bagi saya amatlah rumit. Saya telah ditakdirkan bertemu dengan seorang muslimah yang mana amat memerlukan bantuan. Sungguh benarlah apa yang telah Allah katakan bahawa Allah jadikan sesuatu tidak sia-sia dan pasti ada hikmahnya.
Disebabkan permasalahan tersebut melibatkan soal keselamatan diri saya dan juga muslimah tersebut, saya jadi bimbang dan agak khuatir samaada saya perlu atau tidak membantunya. Memang andai siapa pun yang mendengar kisahnya akan berkata bahawa "Aku kena tolong dia. Dia dalam susah. kalo aku kat tempat dia macamana.." "Kesiannya dekat dia.." Berbagai-bagai telahan dan ungkapan akan terkeluar bilamana berdepan dengan situasi tersebut.
Saya juga bimbang apa cara untuk membantu muslimah tu since saya memang tiada pengalaman dalam hal-hal yang sedemikian. Jadi, saya berhubung dengan 2 orang kaunselor yang merupakan seorang ustaz dan ustazah.
Pada mulanya saya berjumpa dengan ustazah. Ustazah tersebut memberikan pendapat dan saranan yang sama dengan penyelesaian yang saya fikirkan. Alhamdulillah. Berhijrah. Ya, itulah jawapannya. Tapi, keesokkan harinya, saya menghubungi seorang ustaz/kaunselor. Saya menceritakan permasalahan tersebut dan meminta supaya ustaz tersebut memberikan komen. Ustaz cakap "Kamu beristikharahlah. Kamu mintak supaya Allah tunjukkan kamu cara untuk membantu kawan kamu tu. Buat solat hajat jugak mintak Allah bagi perlindungan. Tanpa izin Allah tidak akan terjadi satu perkara pun. Mintak jugak Allah tunjukkan sampai bila kamu perlu tolong dia. Saya tak boleh nak cakap samada kamu perlu tolong dia atau pun sebaliknya. Jadi seeloknya kamu mintaklah pada Allah. Dia yang takdirkan kamu berjumpak dengan dia. Allah jualah tempat kembali segala sesuatu."
Saya terdiam. Apa yang ustaz cakap tu semua betul. Memang Allah temukan saya dengan dia. Andai dia memerlukan pertolongan, ya saya tolong. Tapi, sampai bila? macamana saya harus tolong dia? Macamana soal keselamatan diri saya dan dia? Macamana kalau keluarga saya dapat tau? Banyak persoalan yang timbul. Tiada siapa pun yang dapat bagi jawapan melainkan Allah.
Mintak maaf sebab saya tidak dapat nak menceritakan apa permasalahannya. Apa yang hendak saya sampaikan, mohonlah pada Allah. Dalam keadaan apa pun, apa jua masalah yang kita hadapi dan tidak semestinya dalam soal jodoh, bangunlah. solatlah istikharah mohon agar Allah beri petunjuk. Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik buat kita semua. Allah yang menciptakan kita, Allah jualah yang mengetahui apa yang kita perlukan dan sebaliknya.
وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ
وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Maksudnya:
…dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. – al-Baqarah (2) : 216
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ
فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ
اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ
فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ
وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
أَوْ قَالَ: فِي عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ
فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.
Maksudnya:
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang yang redha dengan ketetapan tersebut.
~P.e.n.a.h.a.t.i.k.u~
Ingatlah Allah dalam senangmu,
InsyaAllah, Allah akan 'ingat' dalam susahmu.
No comments:
Post a Comment