Followers

Sunday, 5 February 2012

Selawat ke atasmu, Ya Rasulullah!

Assalamualaikum w.b.t..






Sempena dengan Maulidur Rasul, marilah kita membanyakkan selawat ke atas baginda s.a.w.. Barangkali, selawat yang kita ucapkan itu mampu untuk menjadi saham di padang Mahsyar kelak! Ungkapkanlah selawat walaupun sekali untuk menyatakan rasa rindu kepada baginda. Tidakkah kita rasa rindu kepada Rasulullah??


InsyaAllah, ada 2 kisah mengenai Rasulullah yang ingin saya kongsikan bersama-sama..


Rindunya Si Mimbar Lama

Pada suatu hari, sedang Rasulullah berkhutbah, baginda dan para sahabat terdengar satu 
suara tangisan. Suara tangisan tersebut seperti tangisan seorang bayi. Mereka tercari-cari
 suara tersebut. Setelah diteliti, rupa-rupanya suara itu datang daripada batang tamar yang
 dijadikan mimbar yang lama. Rasulullah pergi mendapatkannya. Dengan penuh kasih-
sayang baginda memegangnya seperti memegang seorang bayi dan menepuk-nepuk batang
 tamar tersebut kemudian bertanya kenapa ia menangis. Batang tamar itu menjawab:
“Aku sungguh sedih mengenangkan nasibku kerana khidmatku tidak diperlukan lagi  
olehmu ya Rasulullah. Sedangkan aku ingin bersama denganmu sehingga akhir hayatmu.”
Rasulullah tersenyum lalu berkata: “Sabarlah wahai batang tamar, walaupun khidmatmu 
tidak diperlukan lagi kerana keuzuranmu, namun engkau tetap akan bersamaku di syurga 
kelak.”
Selepas mendengar kata-kata Rasulullah itu, batang tamar tersebut berhenti daripada menangis. 

Andai sebatang kayu tamar merasakan rindu kepada baginda, tidakkah kita yang 
mempunyai hati ini rindukan Rasulullah s.a.w??

Hari Kewafatan Rasulullah s.a.w
Terdapat sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah
 melalui kehidupan RasulNya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-
burung gurun enggan mengepakkan sayap. Ketika itulah, Rasulullah dengan suara terbatas 
memberikan kutbah:
"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati 
dan bertakwalah kepadaNya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, al-Qur'an dan sunnahku. 
Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang 
mencintaiku, akan masuk syurga bersama-samaku."
Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah saw. yang tenang dan penuh
 minat menatap sahabat-sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap baginda dengan mata 
yang berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman 
menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah 
datang, saatnya sudah tiba.
"Rasulullah saw. akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.
Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin 
kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah saw. yang berkeadaan 
lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang
 hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.
Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah saw. masih tertutup. Sedang di dalamnya, 
Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi 
pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah 
saya masuk?" tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku 
sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan 
bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang 
sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.
Lalu, Rasulullah saw. menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-
olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.
"Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang 
memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah saw..
Fatimah menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri Rasulullah lalu 
Baginda menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah 
Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan 
penghulu dunia ini.
"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasulullah dengan suara yang amat
 lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka
 lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah 
lega, matanya masih penuh kecemasan.
"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku
 haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," 
kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. 
Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam,
 Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada 
Malaikat penghantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. 
"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada 
umatku.
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya 
bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. 
"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-
orang lemah di antaramu."
Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah
 menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir 
Rasulullah yang mulai kebiruan.
"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita 
mencintai dirinya sebagaimana Baginda mencintai kita?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Semoga kita hargai segala pengorbanan Rasulullah SAW.








No comments:

Post a Comment