Followers

Sunday, 29 January 2012

Doa Bertemu Jodoh Untuk Wanita (^^,)



Pernah dengar istilah anak dara tua (andartu), anak dara lanjut usia (andalusia), janda berhias dan sebagainya?
Sebenarnya penulis dan ramai pihak tidak begitu gemar hendak melabelkan seseorang wanita yang tidak berkahwin itu dengan pelbagai gelaran sedemikian.
Namun di sebalik pelbagai gelaran itu, kita kena terima hakikat, memang jumlah wanita yang belum berkahwin cukup ramai ketika ini
Ada pendapat mengatakan, antara punca wanita tidak berkahwin bukanlah kerana mereka lebih selesa hidup bersendirian daripada menanggung risiko dalam perkahwinan tetapi disebabkan tidak ramai lelaki yang layak dijadikan suami.
Sudahnya, suami orang juga yang diintai, lebih-lebih lagi suami misali, kerana mereka tentunya memikat hati banyak wanita.
Malah ada tinjaun menunjukkan, fenomena pelajar perempuan menguasai institut pengajian tinggi (IPT) dewasa ini telah mewujudkan semakin ramai golongan wanita yang enggan berkahwin.
Penulis difahamkan, yang merisaukan ramai wanita andartu ialah, masa berlalu, tetapi mereka tetap tidak mempunyai calon yang sesuai dan memahami diri mereka, dalam masa yang sama mereka juga takut untuk tangkap muat, bimbang kalau menyesal di kemudian hari.
Bagi Pensyarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM), Prof. Madya Dr. Anisah Abdul Ghani , dalam menghadapi tekanan hidup, apatah lagi ke atas golongan tanpa suami, maka menjaga hubungan dengan Allah adalah amat-amat diperlukan.
Ini kerana golongan sebegini sering dilempar dengan pelbagai tohmahan yang sudah pastinya menyentap dan mengguris hati kecil seorang wanita.

Ditambah pula dengan lemparan gelaran dan jolokan seperti ‘janda berhias’, ‘janda meletup’ ‘andartu’ dan ‘andalusia’ seperti yang disebutkan di awal tadi.
Padahal sepatutnya, golongan ibu tunggal harus dibela kebajikan dan dijaga sensitiviti mereka.
Besar kemungkinan juga, segelintir wanita yang tidak berkahwin itu bukannya memilih, jauh sekali menafikan sunnah Nabi.
Tetapi semua itu adalah dugaan Allah Yang Maha Mengetahui.
Sayangnya, itulah realiti masyarakat kita yang sesuka hati melabelkan seseorang itu tanpa meletakkan diri mereka ditempat si pulan itu.
Hakikatnya, lelucon yang berlebihan dan sindiran yang menyakitkan itu memberi kesan kepada mental, spiritual dan emosi individu yang dimaksudkan itu.
Tambah memburukkan keadaan apabila ada segelintir mengaitkan golongan sebegini dengan perlakuan maksiat dan tidak bermoral.
Meskipun tidak dinafikan ada kes sedemikian, namun punca utamanya bukanlah disebabkan oleh status mereka itu.
Lantaran itu, selagi individu yang terpaksa memikul bebanan atas tuduhan yang tidak berasas ini berpegang dengan pendirian setiap sesuatu itu adalah dengan kehendak-Nya, kata Anisah, mungkin tekanan ini dapat dikurangkan atau dijadikan penawar atau sebagai pemujuk hati.
Ermmm…menarik juga apa yang dikatakan pensyarah ini.
Apapun, alang-alang kita menyentuh bab ini, penulis ada terjumpa sepotong doa dalam laman web Darussyifa khusus untuk kaum wanita (seperti di atas)  yang mengharapkan jodoh atau dipertemukan insan yang soleh sebagai teman hidup mereka.
Darussyifa ini merupakan satu pusat perubatan cara Islam yang cukup terkenal di negara ini yang diterajui oleh Datuk Dr. Haron Din.
Mana tahu dengan mengamalkan doa ini, akan dimakbulkan harapan dan seterusnya bertemu dengan jejaka idaman yang diidamkan, InsyaAllah
Selamat mencuba! – Oleh SYAHRIL A. KADIR

~P.E.N.A.H.A.T.I.K.U~
Sharing is caring, right? ^^


Friday, 27 January 2012

Aku Jatuh Hati. Perlu tak bagitau dia?

Assalamualaikum w.b.t.. Baca dialog di bawah ya! ^^




Kawan A : Aku suka sangat kat dia tu la.. Hmm.. macamana ni?


Kawan B : Cinta tu kan fitrah. Cuma jangan terlalu layan sangat. Jangan sampai lalai dari     mengingati pencipta cinta tu.


Kawan A : Aku tau tu.. InsyaAllah aku akan cuba. Tapi, masalahnya sekarang aku tak tau samada dia suka tak kat aku.. Kalau dia suka kat orang lain macamana? Sedihnya.. ="(


Kawan B : Ok aku faham keadaan kau tu. Aku nak tanya kau. Apa gunanya kau tau samada dia suka ke tak kat kau? Kalau dia suka, so? Apa matlamat kau selepas tu? Kalau kau tau dia tak suka kau, tak ke kau merana sorang-sorang?


Kawan A : Kalau aku tau awal-awal dia suka aku, tak payahla aku tertanya-tanya macam ni. Tenang sikit hidup aku. Kalau betol la dia tak suka kat aku, baik aku tak payah tau dari mula lagi. Merana ja :'(


Kawan B : Ha tau pun merana. So, better tak payah tau dari awal lagi kan. Kalau pon ya dia suka kau, and kau tau pasal tu, kau nak kawen sekarang ke?


Kawan A : Uishh.. takkan la nak kawen sekarang kot. Aku tak ready lagi la!


Kawan B : Dah tu? Tak payahla tau. Kalau la sampai satu saat, kau dah betul-betul ready nak kawen, kau rasa dah mampu untuk bimbing diri dan family kau, kau dah mampu untuk pikul tanggungjawab, waktu tu aku dah tak kesah kalau kau nak bagitau hasrat hati kau tu.


Kawan A : (Terdiam seketika) Kalau dia tak suka aku macamana pulak? Sedihnya. Aku punya la tunggu dia, tengok-tengok dia tak suka aku.


Kawan B : (Tersenyum) Kau percaya pada siapa sebenarnya ni? Allah kan ada. DIAlah yang memegang hati manusia. Andai Allah nak ubah perasaan dia, sekelip mata saja. Andai Allah nak satukan dua hati tu, ada banyak cara Allah boleh buat. Kalau ye pon dia suka kat orang lain, ingat satu benda je. Mungkin dia bukan yang terbaik untuk kau. Kalau kau sedih sangat, ubat dia ada kat Allah. Kau mintak Allah tolong sembuhkan rasa sedih kau tu. InsyaAllah, tinggal nak yakin, berdoa selalu and tawakal je.


Kawan A : MasyaAllah.. (Tertunduk) Allah Maha Kaya. Aku salah selama ni. Apa yang kau cakap tadi tu semua betol. Aku je tak pernah nampak selama ni.


Kawan B : Takpe..Manusia selalu buat salah dan silap. Yang Allah nilai, usaha kita untuk sentiasa memperbaiki diri. Biar jatuh berkali-kali, terus bangun berdiri. Usaha untuk bangun tulah sebenarnya yang Allah nilai. 


Kawan A : Sekarang ni apa patut aku buat?


Kawan B : Sekarang ni, first thing yang kau kena buat ialah carilah ilmu. Penuhkan dada dengan ilmu. Persiapkan diri untuk jadi pasangan yang baik. Masih banyak yang kita tak tau. Second, kau berdoalah mintak Allah permudahkan urusan hati kau tu. Kalau betol dia tu jodoh kau, kau mintaklah Allah suburkan rasa kasih dan sayang dalam hati dia. Lembutkan hati dia untuk terima kau seadanya. Kalau dia bukan yang terbaik untuk kau, mintak Allah redhakan hati dan percepatkan kesembuhan pada rasa sedih. Sebab apa? Of kos kau akan rasa sedih nanti kan. Jadi, moga Allah hilangkan rasa sedih tu. And last but not least, tawakal. Yakin dan serahkan pergantungan kau tu 100% pada Dia. Dia yang menciptakan kita, so, Allah tau apa nak buat. Ok? 


Kawan A : Alhamdulillah.. Aku rasa tenang and lapang sangat sekarang. Tima kaseh bebanyak kawan. 


Kawan B : =) Aku hanya perantaraan. Aku tolong bagi nasihat je. At least, bila jadi kat aku benda ni, aku tau apa nak buat, kan? Hehe.








.Sekian.. Wallahu'alam.. ^^

Wednesday, 25 January 2012

::Fitnah Petunjuk Istikharah::




“Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di mana silap saya, ustaz?”
Sepucuk emel dihantar kepada saya.
Beristighfar dan mengurut dada.
Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi-jadi.
Malah di kalangan pelajar universiti, Istikharah semakin popular di dalam trend yang tersendiri. Ia diamalkan bagi ‘memaksa’ Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang ‘pilihan Allah’ itu adalah tunang orang, suami orang, malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama ‘petunjuk Allah’, tercetus permusuhan sesama anak Adam.
Apakah Allah, atau Syaitan yang memberikan ‘petunjuk’ penuh mudarat dan zalim itu?
MEMBELAKANGKAN ILMU
Penyakit besar yang melanda anak-anak muda terbabit ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakan Solat Istikharah berdasarkan saranan rakan-rakan yang juga melakukannya atas saranan kawan-kawan yang lain. Berapa ramaikah yang membuka kitab Fiqh atau belajar mengenai Solat itu dan ibadah yang lain melalui para ustaz dan alim ulama’?
Keadaan ini menjadi lebih bermasalah apabila ada pula agamawan yang mengesyorkan panduan-panduan yang tidak berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Sunnah malah diajar pula kaifiyat yang sangat membuka ruang manipulasi Syaitan dalam mengaburi pertimbangan anak Adam.
Mengira huruf tertentu di dalam Surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka, juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan.
Ia mengingatkan saya kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadh al-Sholiheen:
“Ada sesetengah orang berpendapat, “sesudah mengerjakan solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu” Justeru ada sesetengah orang berwudhu’ dan kemudian melakukan Solat serta Doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan  petunjuk datang melalui mimpi), malah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas”
Menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk kita kembali kepada maksud asal Solat Istikharah.
Istikharah itu bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara’. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istikharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindarkan pilihan yang tidak baik itu.
Sabda Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
“Hadith yang dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Sahihnya dengan sanadnya daripada Jabir radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:
Daripada Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam Baginda bersabda:
Apabila sesiapa daripada kalangan kamu diberatkan oleh sesuatu maka hendaklah dia Rukuk dengan dua Rukuk (mengerjakan Solat dua rakaat) yang selain daripada Solat yang Fardhu (yakni mengerjakan Solat dua Rakaat dengan niat Istikharah).
Kemudian hendaklah dia berdoa: Ya Allah, aku beristikharahkan Engkau dengan ilmu-Mu dan aku juga memohon ketetapan dengan ketetapan yang bersandarkan kurniaan-Mu yang Maha Agung. Engkaulah yang Maha Menetapkan sedangkan aku tidak mampu untuk menetapkan. Engkau Maha Mengetahui dan aku pula tidak mengetahui. Engkaulah yang Maha Mengetahui akan perkara-perkara yang tersembunyi. Ya Allah, jika pada ilmu-Mu sesungguhnya urusan ini – harus disebut hajat tersebut atau cukup sekadar meniatkannya kerana Allah Maha Mengetahui akan hajat itu – adalah baik untukku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan datang), maka tetapkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia bagiku. Kemudian berkatilah bagiku di dalam pilihan ini. Dan andaikata pada ilmu-Mu sesungguhnya hal ini adalah buruk bagiku pada agama, kehidupan dan kesudahan urusanku (kini dan akan datang), maka hindarkanlah ia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Tetapkanlah bagiku kebaikan dan jadikanlah aku redha dengannya.
ANTARA ISTIKHARAH DAN ISTISYARAH
Istikharah itu mempunyai gandingan yang memberi tambahan kemudahan. Ia dikenali sebagai Istisyarah.
Istisyarah ini bermaksud meminta pendapat mereka yang boleh dipercayai untuk membantu seseorang itu membuat keputusan.
Sheikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah pernah berkata:
“Tidak akan menyesal seorang yang beristikharah kepada al-Khaliq (Allah) serta bermesyuarat dengan para Makhluq, serta tetap pendirian dalam keputusannya”
Biar pun para Ulama berselisih pendapat tentang mana yang patut didahulukan antara Istisyarah dan Istikharah, ia tidak menjejaskan bahagian yang perlu dimainkan oleh seorang manusia dalam proses dirinya membuat keputusan. Sebelum sampai kepada pertimbangan memilih antara dua kebaikan, seseorang yang berhajat itu mestilah mempunyai asas dalam penilaiannya agar pilihan yang ada di depan matanya adalah antara dua perkara yang harus serta sama baik. Sudah tentu, hal ini juga memerlukan dirinya untuk mengambil bahagian dengan berusaha.
Setelah beristikharah, namun hati masih berada di dalam ketidak pastian, harus baginya untuk mengulangi Solat dan Doa Istikharah itu hingga beroleh ketetapan hati dalam membuat keputusan. Di samping itu juga, dia dianjurkan beristisyarah, yakni meminta pendapat individu-individu yang dipercayai integriti dan kemahirannya dalam urusan tersebut, agar keputusan boleh dibuat.
Titik pentingnya ialah, keputusan hendaklah kita yang berhajat itu melakukannya dan bukan menyerahkan kepada Allah untuk membuat keputusan itu dan menampakkanya melalui petanda-petanda yang dicari. Di sinilah ruang untuk fitnah berlaku apabila dalam suasana hidup kita yang dibelenggu oleh pelbagai maksiat serta Iman yang teruji, kita membuka suatu ruang kosong untuk dicelah oleh tipu helah Syaitan.
Tambahan pula dalam keadaan jiwa anak muda yang selalu lemah untuk menolak kehendak diri dan sering terdorong mengikut kemahuan. Jiwanya tidak bulat meminta kepada Allah, sebaliknya bermain helah untuk mengharapkan Allah menyokong kecenderungan dirinya sendiri.
Berhentilah mencari mimpi.
Berhentilah menunggu petanda.
Beristikharah memanggil kebersamaan Allah dalam keputusan yang kita buat. Kita yang membuat keputusan itu, dengan keyakinan hasil Istikharah, bahawa keputusan yang kita buat itu adalah dengan kebersamaan Allah. Jika di kemudian hari, pada pilihan yang dibuat itu, datang mehnah yang menguji kehidupan, kita tidak akan berfikiran negatif malah berusaha untuk mencari sisi-sisi positif pada apa yang berlaku kerana keputusan yang dibuat dahulu itu adalah dengan kelengkapan Syariatullah (Istikharah) serta Sunnatullah (Istisyarah – Ikhtiar Usaha).
Pertimbangkanlah… seandainya pilihan yang disangkakan petunjuk daripada Allah itu mencetuskan mudarat, permusuhan, meninggalkan yang afdhal dan mengambil yang mafdhul… berhati-hatilah.
Ia mungkin mainan Syaitan.
“Sebahagian (daripada umat manusia) diberi hidayah petunjuk oleh Allah (dengan diberi taufiq untuk beriman dan beramal soleh); dan sebahagian lagi (yang ingkar) berhaklah mereka ditimpa kesesatan (dengan pilihan mereka sendiri), kerana sesungguhnya mereka telah menjadikan syaitan-syaitan itu pemimpin-pemimpin (yang ditaati) selain Allah. serta mereka pula menyangka, bahawa mereka berada di dalam petunjuk hidayah” [Al-Aa'raaf 7: 30]
KESIMPULAN
  1. Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.
  2. Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan kepada Istikharah.
  3. Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.
  4. Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.
  5. Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
  6. Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.
  7. Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.
  8. Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.
  9. Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis.
  10. Jauhi Bid’ah dan Syirik.
  11. Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
  12. Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.
  13. Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.
  14. Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.
  15. Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama.


Putuskan aku dari duniaMu..

Bismillahirrahmanirrahim..



Ya Allah..
Dengan tulus aku meminta..
Tidak layak untuk ku minta dipercepatkan,,
Tidak pantas juga aku memohon diperlambatkan..
Kerana Engkau Yang Mengetahu Segala-galanya..

Ya Rahman..
Dunia semakin hari menipu aku..
Aku kian tergelincir dalam kesesatan yang nyata.
Apa lagi yang ku harapkan Ya Allah..
Melainkan untuk kembali mentaatiMu.
Otak kecilku ligat berfikir..

Duhai Tuhan Langit dan Bumi!
Putuskan aku dengan duniaMu..
Tidak ingin lagi aku jatuh di lubang yang sama,
Tidak ingin lagi aku terbuai dengan duniawi.
Kirimkanlah aku Ya Rabb,
seorang yang bisa memberi nafas baru untukku
dalam mengejar CintaMu.

Ya Fattah..
Bukakanlah pintu hati
Agar senantiasa bisa menerima
Pahit hempedu jua manisnya madu.
Ya Tuhan..
Kerdilnya aku disisiMu..
Layakkah aku untuk meminta sedemikian?

Ya Allah..
Tiada tempat lain untuk aku mengadu,
Kau jualah Tuhanku..
Aku redha Engkau sebagai Tuhanku..
Putuskanlah aku dari duniaMu..
Putuskanlah Ya Allah.. ="(

Sunday, 22 January 2012

Ku Pinang Kau Dengan Al-Quran.. (^^,)

Assalamualaikum w.b.t..



Suatu hari datanglah seorang perempuan kepada Rasulullah s.a.w dan berkata, "Ya Rasulullah, aku datang untuk menghibahkan diriku untukmu.. Rasulullah pun melihatnya dan mengangguk-anggukkan kepalanya. Tapi, Rasulullah kemudian kembali duduk, rupanya tiada hasrat dihatinya untuk menikahi wanita tersebut. 


Tiba-tiba, salah seorang sahabat berdiri dan berkata, "Ya Rasulullah, jika engkau tiada hasrat untuk menikahinya, maka nikahkanlah aku dengannya.." 


Lalu Rasulullah bertanya pada lelaki tersebut, "Apakah yang kau ada untuk meminangnya?"


"Aku tidak punya apa-apa Ya Rasulullah," jawab lelaki tersebut.


Kata Rasulullah, "Pulanglah kepada keluargamu dan lihatlah apakah ada yang boleh engkau gunakan sebagai mahar di sana.."


Lelaki itu kemudian pulang ke rumah dan kembali semula.. " Demi Allah.. Aku tidak mendapati apa-apa pun untuk mahar.."


Balas Rasulullah.. "Lihatlah..Walaupun hanya cincin dari besi.."


Lelaki itupun kembali ke rumahnya kemudian kembali semula dan berkata, "Demi Allah, aku tidak mendapatinya, tapi aku punya kain Ya Rasulullah.."


"Apa yang kau boleh lakukan dengan kain itu? Jika kau memakai kain tersebut, maka isteri kau tidak dapat memakainya. Jika isterimu memakainya, maka engkau tidak dapat memakainya.." jawab Rasulullah..


Lelaki itu kemudian duduk dan terus duduk sehinggalah majlis selesai.


Lelaki tersebut sangat sedih. Kemudian, Rasulullah memanggilnya seraya berkata, "Apa yang kau punya dari Al-Quran?"


"Ya Rasulullah.. Aku hafal surah ini dan surah itu.." jawab lelaki tersebut.


Rasulullah pun berkata.."Kalau begitu, aku nikahkan kau dengannya dengan mahar ayat AL-Quran yang kau punya.."


Akhirnya, lelaki tersebut dapat menikahi perempuan tersebut dan ayat-ayat Quran sebagai mahar pinangannya..


Subhanallah! ^^







~P.E.N.A.H.A.T.I.K.U~
Sungguh!
Al-quran lebih berharga dari wang ringgit..
Lebih bernilai dari kereta mewah..
Lebih indah dari rumah tersergam megah..
Kerana Al-Quran..
Kalamullah!