Dari belasan aku menjadi puluhan,
Moga itu menjadi penggilap kematangan,
Agar bisa menghadapi segala rintangan,
Cabaran aku tangkis dengan kebijasanaan..
Aku semakin dewasa..
Minda mula menghitung pelbagai perkara,
Menilai erti hidup sedalam-dalamnya,
Masih banyak yang belum terlaksana,
Moga negeri akhirat menjadi cita.
Aku semakin dewasa,
Fikiran mula ke hadapan,
Berfikir tentang kehidupan?
Prihatin akan kesihatan?
Mula terkenang soal pasangan?
Aku semakin dewasa,
Aku punya banyak cita,
Cuma usaha dan pengorbanan perlunya,
Pelajaran jangan sampai tergendala,
Kelak diri sendiri yang kecewa.
Aku semakin dewasa,
Yang dulu tidak pernah aku kira,
Tapi kini kian terasa,
Perlu Allah untuk menjaga,
Agar aku tidak mudah terleka.
Ya Allah,
Kini aku semakin dewasa,
Makin hampir ajal menjemput hamba,
Ya Rabb,
Bersyukur kerna masih diberi nyawa,
Moga disitu ada berkatNya.
Ameen..
No comments:
Post a Comment