Followers

Kupu-kupu Cinta

Blog Archive

Tuesday, 6 December 2011

Aqil Si Tanggang ke mak?? (Bhg. 1)

"Abang..susu habis la.. Tak boleh nak bancuh susu kat Aqil.." ujar Ton kepada suaminya Pak Dolah..Kebimbangan jelas di wajahnya. Mana tidaknya, anaknya, Aqil sudah menangis teresak-esak mahukan susu. "Ton..Abang tak cukup duit la nak beli susu.." sayu Dollah membalas. Aqil, umurnya kini sudah mencecah 3 tahun, kurniaan Allah pada pasangan tersebut setelah 2 tahun berkahwin. "Takpalah abang kalau macamtu..Nanti Ton mintak susu sikit dekat Kak Timah.."kata Ton memberi saranan. Dollah meneyesali ketidakmampuan dirinya untuk memberi nafkah kepada keluarganya. Gajinya hanya cuku-cukup untuk membeli ikan dan sayur, selebihnya di simpan untuk membayar bil elektrik dan bil air. Sayu dan sedih. Ton seakan-akan dapat mengesan perubahan riak muka di wajah suaminya. "Abang..ala tak payah risau.. Nanti ada duit kita beli susu untuk Aqil ya..""Abang mintak maaf Ton..abang mintak maaf.."tersekat-sekat suara Dollah. Terasa malu dengan isterinya. Akad yang diucapkannya sewaktu majlis perkahwiannya itu sepatutnya menjanjikan kebahagiaan buat Ton sekeluarga tetapi jelas dia masih tidak mampu untuk memberi kemewahan.

**********
9 tahun kemudian..

"Assalamualaikum..Mak ayah..Aqil dah balik..!!" jerit Aqil sambil menanggalkan kasut sekolah. Termenung seketika. tiba-tiba.. "Hah! Aku nak suruh ayah belikan kasut baru lah. Kasut ni dah tak elok la.." Aqil bermonolog sendirian. "Aqil, meh makan dulu sayang." "Ayah mana mak? Aqil nak suruh ayah belikan kasut sekolah baru. Kasut tu dah koyak. Kawan-kawan Aqil sume gelakkan Aqil.." ujar Aqil bersungguh-sungguh. "Meh makan dulu ya..Nanti mak cakap dekat ayah.." pujuk Ton sedangkan dia tahu bahawa peluang anaknya mendapat kasut baru di tengah-tengah bulan seperti itu sangatlah tipis.

Jam menunjukkan pukul 6.00 petang. Dollah baru selesai menunaikan solat selepas pulang dari kerja sebentar tadi. Masih berteleku di atas sejadah. Entah apa yang bermain difikirannya. "Abang..Ton nak cakap sikit ni..Ton harap abang tak terasa hati." "InsyaAllah..tak..cakaplah Ton..apa dia?" "Ermm..macamni.. Aqil, dia mintak abang belikan kasut baru untuk dia..kasut dia dah koyak bang.." Tersentap hati Dollah mendengar permintaan anaknya itu. Hanya Tuhan yang tahu bagaimana perasaannya tatkala itu.  Terdiam sejenak. Mungkin mengatur apa yang hendak dikatakan. "Ton..nanti abang tengokkan dulu kasut Aqil tu. mungkin masih boleh dijahit.." kata Dollah sambil tersenyum pahit.

Ketika makan malam, Aqil sibuk bercerita itu dan ini. Begitulah Aqil. Ceria. Ton dan Dollah amat bersyukur dikurniakan anak sepertinya, ceria dan tidak kurang juga cerdik. Alhamdulillah. "Ha Aqil..ayah dah jahit kasut Aqil tadi. Kasut tu masih boleh dipakai la.."ujar Dollah sambil mengusap kepala anaknya. Jelas terpancar kasih sayang menggunung seorang ayah kepada anaknya. "Alaa..Aqil nak kasut baru. Asyik jahit je.."nada merajuk. "Aqil..dalam hidup ni, kita kenalah pandai berjimat cermat sayang. Kasut tu kan masih boleh dipakai..Apa salahnya pakai dulu ya..Nanti kalau dah betol-betol tak boleh pakai, kita beli baru ok?" pujuk Ton memainkan peranan sebagai seorang ibu yang kasih akan anaknya. Aqil, mengangguk lemah.

**********
6 tahun kemudian..

Sekarang, Aqil sudah berusia 18 tahun. Alhamdulillah. Dia telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM baru-baru ini. "Mak ayah!! Aqil dapat tawaran ke Uitm Shah Alam !!" jerit Aqil kegembiraan. Tiada lafaz lain yang terkeluar dar mulut Ton dan Dollah melainkan kalimah syukur. Itulah penghargaan terbesar buat mereka. Ingin sekali melihat Aqil berjaya. Itulah harapan pasangan itu.

Sudah sebulan Aqil menjejakkan kaki ke Uitm. Kerinduan Ton dan Dollah kepada anaknya itu kian terasa. Hendak dihubungi takut mengganggu anaknya yang mungkin sedang belajar. Dek tiada  pengalaman belajar di universiti, Ton dan Dollah memikirkan barangkali universiti lebih kurang sama seperti sekolah. Belajar setiap masa. 

Hari berganti hari, minggu beranjak bulan, bulan demi bulan, langsung tiada panggilan dari Aqil buat keluarganya. Setiap malam, Ton pasti menangis sedirian mengingatkan anaknya itu. Rindu. Itulah beban yang ditanggung sekarang. Barangkali makin kronik. Dollah pula, setiap malam pasti akan pergi ke surau solat berjemaah. Mungkin dari situ dia mengumpul kembali kekuatan dan mendapatkan ketenangan. Ton dan Dollah sudah semakin tua. 

"Abang..macamanalah agaknya Aqil kat sana tu ya. Sudah 4 bulan langsung tiada khabar berita." sayu kedengaran suara Ton. "Sibuk agaknya." "Hmm..takkan sibuk sampai takdek masa langsung kot. Esok Ton nak telefon dia jugak." Ton sedikit berkeras. Sudah tidak tertanggung lagi derita rindunya itu pada Aqil. Anak yang dibelai dan dimanja sejak dari kecil. Setiap malam satu persatu kisah-kisah nabi dan teladan akan diperdengarkan kepada anaknya sebelum tidur. Aqil pula selagi tidak habis cerita dan didodoi, dia tidak boleh tidur. Begitulah akrabnya si ibu dan si anak.

"Assalamualaikum..Aqil..ni mak ni nak.."suara Ton kedengaran. Berjaya juga dia menghubungi Aqil. "Ohh mak..ada apa mak?" "erm..Aqil apa khabar nak? Mak dengan ayah rindu kat Aqil. Kenapa tak telefon mak.." hampir menitis air matanya. Terasa separuh bebannya hilang begitu sahaja. Lega. "Sihat. Aqil sibukla mak. Mak dengan ayah jangan risau eh. nanti Aqil free Aqil call mak..ok? Oklah mak, Aqil ada kelas ni. Kirim salam kat ayah ye mak." Terus talian dimatikan. Tut tut tut... Sikap Aqil yang acuh dan tak acuh itu membuatkan hati Ton bertambah sedih. Belum sempat dia hendak pesan itu dan ini, belum puas dia mendengar suara anaknya itu..talian sudah dimatikan. "Mungkin Aqil tergesa-gesa nak ke kelas."getus hati kecil si ibu. Menenangkan perasaan sendiri.

**********

~P.E.N.A.H.A.T.I.K.U~

Nantikan sambunganya ya! (^^,)

No comments:

Post a Comment