Followers

Kupu-kupu Cinta

Blog Archive

Thursday, 1 December 2011

~Maaf, Aku Tak Bersedia Lagi~


Keletihan jelas terpancar di wajah sang ibu. Belum sempat si ibu melabuhkan punggungnya ke sofa empuk, kedengaran telefon rumah berbunyi.RING RING!! Minta diangkat, SEGERA. Si ibu perlahan-lahan mendekati meja di sudut rumah tersebut. "Assalamualaikum..Boleh saya bercakap dengan Hajah Hasifah?" "Waalaikumsalam..Ya,saya bercakap..""Alhamdulillah.dapat jugak saya bercakap dengan Hajah. Saya Puan Intan..Mak kepada Hasif.." Perbualan tersebut kemudian diselangi dengan gelak tawa dari sebelah pihak ibu. Ibu kepada Maisarah.. Ya, ibu kepada seorang wanita atau lebih manis digelar : MUSLIMAH. :) 
                         
**********
"Ya Allah..penatnya.."Maisarah yang baru pulang dari kuliah. Kuliahnya hari ini bermula jam 8.00 pagi sehinggalah 6.00 petang. Maisarah sempat berbaring sejenak sebelum bersiap-siap ke surau untuk solat berjemaah. "Eh..malam ni ade kuliah Maghrib dari Ustaz Ahmad, kan?"tanya Aisyah kepada sahibahnya.Sahabat Atas Keimanan, InsyaAllah. Mereka turut berehat dek kepenatan berjalan pulang dari kolej sebentar tadi. "A'ah.." jawab Nadia dan Zinnirah hampir serentak. "La..hampa tak ingat ka? Kan Mai dah bagitau hari tu..Lupa la tu..hehe.. Satgi kita pi nah.. Lama dah tak dengaq tazkirah Ustaz Ahmad," ujar Maisarah dalam loghat Kedahnya. Anak kelahiran Sungai Petani itu merupakan seorang yang amat ceria. Senyuman tidak pernah lekang dibibir. Kerana Maisarah percaya : "Senyuman penawar duka, senyuman juga membuahkan kebaikan dan senyuman pengikat ukhwah."


Usai solat Maghrib berjemaah, diimamkan oleh Pengerusi Akademi Islam, Solehuddin Jusoh, pelajar jurusan Syariah dan juga merupakan classmate Maisarah. "Sedapnye bacaan Akh Soleh tu kan.."puji Zinnirah. Maisarah, Aisyah dan Nadia senyum sebagai tanda setuju. "Haa..nak start dah kuliah Maghrib.."ucap Nadia.


Ustaz Ahmad, penceramah jemputan. Tazkirah yang diberikan bertajuk "Hakikat Cinta". Ustaz memulakan bicara dengan selawat dan salam ke atas Nabi junjungan mulia, Muhammad s.a.w serta keluarga dan para sahabat..Semua pelajar dan pensyarah yang hadir pada malam tersebut seakan-akan tidak sabar dan segelintir membuat andaian tersendiri mengenai tajuk tazkirah tersebut. "Aku tau dah..ni mesti pasal cintan-cintun ni.."ujar Mahfuz kepada Saiful dengan yakin. Mereka berdua duduk di saf kedua tidak jauh dari tempat Ustaz Ahmad berada.


Ustaz membuka topik dengan menyebut sepotong ayat Al-quran yang bermaksud 'Katakanlah : Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.'(3:31) Jadi berhubung dengat ayatul quran ini, anak-anak yang dikasihi sekalian, walau apa pun yang kamu semua lakukan, lakukanlah kerana Dia. Lakukanlah berlandaskan syariat Islam termasuklah dalam bab percintaan."tekan ustaz. Hampir sahaja para pelajar disitu tersentap mendengarkan perkataan "bab percintaan".Bicara diteruskan. "Allah tidak sesekali melarang hambanya untuk berkasih sayang. Jika tidak, kenapa Allah wujudkan perasaan itu anak-anakku? Kerana Allah Maha Mengetahui. Manusia fitrahnya ingin berkasih sayang. Tetapi, alangkah rugi bagi mereka yang salah menterjemah peluang dan ruang yang telah Allah berikan. Katanya cinta, tapi terjemahannya apa? Berpegangan tangan, bercumbu-cumbuan. Adakah itu erti yang sebenar? Apabila majoriti manusia 'mengaplikasikan' erti cinta sedemikian rupa, rasanya maksud cinta dalam kamus dewan bahasa kena ubah la kot kan.." Kedengaran gelak tawa di sudut kanan surau. Mungkin terkesan. Tazkirah berlangsung sehinggalah masuk waktu Isyak.


Suasana agak riuh di asrama. Mungkin masing-masing sibuk menyiapkan assignment. Di suatu sudut, kelihatan Solehuddin dan dua orang lagi kawannya berbicara, "Ana tersentuh mendengar tazkirah Ustaz Ahmad tadi.." Solehuddin meluahkan rasa. "Yup! Betol.. aku pon. Bila ustaz cakap pasal Malik bin Dinar yang pernah mengatakan 'Cintailah kekasihmu sekadarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekadarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu.' Fuhh..first time kot aku dengar ayat ni. Cering bulu roma aku tau!" bersungguh-sungguh Hakim mengulas.


Tidak kurangnya di asrama muslimat. Walaupon hari sudah mula merangkak, tetapi mereka kelihatan tidak kurang sedikit pon. Masih sibuk. Ada yang membasuh baju, menyidai baju dan ada juga yang membuat tugasan. Di bilik C707, kedengaran suara Zinnirah. "Hmm.. mujur la tadi ade orang aju soalan kat Ustaz pasal hukum berfashion kan. Kalo tak, sampai sekarang pon aku tak tau.." Nadia berminat, "A'ah la kan..Seyesly nad pon tak tau jugak..Teringat ayat ustaz tadi, selagi fashion yang digayakan menutup aurat, perubahan tersebut dibolehkan agar bersesuaian dengan arus permodenan zaman tetapi janganlah sampai fashion tersebut tidak sempurna sehingga menampakkan aurat walaupun dalam keadaan berpakaian." "SEMPURNA, perkataan yang mendalam maksudnya..Aurat wajib ditutup bukan dibalut.. Ha! Ada satu hadis ni,.Rasulullah bersabda..Sesiapa yang memakai pakaian yang berlebihan-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan pada hari akhirat nanti.Hadis ni riwayat Ahmad,Abu Daud dan Ibnu Majah.."tambah Maisarah. "Na'uzubillahminzalik!"ucap Aisyah.


**********
Burung berkicauan ditambah pula dengan kehijauan sawah padi mendamaikan penduduk Kampung Selamat itu. Namun, perasaan Hajah Hasifah masih lagi bergolak walaupun panggilan telefon yang diterima sudah dua hari berlalu. "Abang..Macamana ni..Pah segan la nak telefon Mai..Bukan apa dia kan dok ngaji. Satgi kacau pulak." Pah, nama panggilan untuk Hajah Hasifah. "Laa..awat yang dok risau sangat ni? Mai tu kan dah besaq panjang..dah 22tahun pon.. Pah tepon dia pastu habaq ja pasai lamaran dari keluarga Hasif tu. Ha, kan senang cerita.." balas Haji Daud, ayahanda Maisarah. "Yala..Pah tau la abang oii.. bukan tu masalahnya..Pah segan nak habaq..Tak besa.." "Hahahahhahaha..laa..segan? punggah! hahhaha."ketawa Haji Daud mendengarkan kata-kata Hajah Hasifah. Rupa-rupanya, walau sudah bergelar seorang ibu yang boleh dikatakan berjaya mendidik seorang anak perempuan berusia 22 tahun,ternyata perasaan segan dan malu masih membelenggu dirinya. Inilah hati seorang wanita. Sedang mereka bersembang-sembang di pondok kecil berdekatan sawah padi, telefon bimbit Haji Daud berbunyi. "Maisarah" Itulah nama yang terpapar di skrin telefonnya. "Asslaamualaikum..abi! Mai tepon rumah takdak orang angkat pon. Pi mana? Risau Mai.." "Waalaikumsalam. Amboi takdan abi nak jawab salam aih.. Abi ngan umi dok kat luaq rumah ni..kat pondok. awat Mai telepon ni? "La..dok kat luaq rupanya.. Saja la Mai tepon..Lama tak tanya habaq..Umi ngan abi apa habaq?" "Alhamdulillah..Umi ngan abi sihat ja..Ha..ni alang-alang Mai tepon ni umi ada benda nak cakap.. nah cakap sat dengan umi..." Haji Daud meneyerahkan telefon kepada Hajah Hasifah sambil tergelak kecil. Suka menyakat isterinya. "Assalamualaikum Mai..Umi ni.. erm..Umi ada benda nak bagitau ni.." "apa dia umi? Macam series ja.. cakap ja umi..Mai dengaq ni.." "Macam ni...Hasif anak Puan Intan, kenai kan? Dia merisik haritu..nak masuk minang Mai..Mai macamana? Setuju?" "Hah???"terkejut besar Maisarah di saat itu. Pertama kali, uminya bercakap soal perkahwinan dengannya. Maisarah tidak memberikan sebarang jawapan. Diam. Kelu.

**********
Sudah beberapa hari Maisarah termenung. Bukan 'favourite' Maisarah untuk termenung. tetapi, ada 'sesuatu' yang memaksanya untuk itu. Tiba-tiba....Maisarah terus mencapai sekeping kertas dan sebatang pen biru. Surat. ya, itulah cara terbaik untuknya menyatakan kata hatinya kepada Hasif. Seorang pemuda yang sangat baik, soleh. Pasti menjadi idaman setiap wanita di luar sana. Maisarah hanya pernah sekali berjumpa dengan Hasif ketika di majlis perkahwinan sepupunya, Ikhwan. Walaupun mereka sekampus. Tetapi, perbezaan semester dan tahun menyebabkan dia tidak pernah berjumpa. Selebihnya, dia hanya mendengar kisah pemuda tersebut dari kawan-kawannya.Barangkali, pertemuan kali pertama itulah pertemuan yang menjadi musabab.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum w.b.t..

Akh Hasif..Mintak maaf kerana mengambil masa akh untuk membaca surat ini. Mudah-mudahan dengan isi kandungan surat ini, akh akan mendapat jawapan untuk lamaran tempoh hari. Akh..terus terang ana katakan yang ana belum bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan. Ilmu di dada masih belum kukuh dan cukup untuk membenarkan diri ini untuk melayari bahtera tersebut. InsyaAllah..andai Allah sudah mengizinkannya, ana pasti menyambutnya. Tetapi, sekarang bukanlah saat yang tepat. Mohon akh memahami.. Andai ada jodoh, insyaAllah Allah pasti akan satukan hati. Wassalam

Yg benar,
Maisarah

Begitulah bunyi surat dari Maisarah. Hasif redha. Dia yakin bahawa Allah tidak akan sesekali memungkiri janjinya. Hasif bingkas solat sunat Dhuha dan mohon dilapangkan pintu rezeki.Maisarah. Nama itu turut menjadi sebutan dalam doanya. 

**********
Maisarah menjalani kehidupan seperti biasa. "Alhamdulillah. Kita lulus!" Riuh-rendah suasana di bilik C707 tatkala itu. Mereka baru sahaja mengetahui keputusan peperiksaan Semester . Masih berbaki 2 Semester untuk mereka tamatkan pengajian. Sujud syukur semuanya. Benarlah apa yang telah Allah janjikan.. "Jika kamu bersyukur, akan Aku tambahkan nikmat kepadamu.." 

Maisarah yang berada di meja study. Membelek-belek buku catatan usrahnya. Segala mutiara kata tercatat kemas di dalamnya. "Nad, Zinnirah, Aisyah..Nak dengaq something dak?" "NAK!!!"semuanya suka mendengar Maisarah bercakap. Pasti menarik. "Hehe..Amboi.. laju.. haha.. ok ok.. Mai nak cakap sket pasai kawen..hehe.. Marriage is not about two persons living together till the end. But, marriage is about relation between both of them, how the relation can lead them to reach Allah's love. Imam Nawawi kata..Aku mencintaimu kerana agamu. Jika hilang agamu, maka hilanglah cintaku padamu.." "Wahhh.. macam-macam erk kau tau Mai.. Best la ayat-ayat tu..Mohon share! hehe" Begitulah eratnya persahabatn mereka berempat. Persahabatan yang terjalin insyaAllah keranaNya. 

Maisarah, dalam setiap perkataan dan ucapannya, pasti terselit hikmah dan manfaat. Bibirnya laju menutur kata ibarat segalanya telah di save kan di dalam mindanya. Namun, bagi Maisarah, semua itu merupakan dakwah. Dia ingin mengajak semua yang berada di sekelilingnya kepada kebaikan. Tanpa dia sedari, itulah ILMU sebagai persediaan menempuh alam perkahwinan.

**********
2 tahun kemudian...

"Whoa..semakin hensem and matangla ko, Solehuddin", ujar Hakim. "Haha.. ape pulak ni.haha.. lame tak jumpak ana. Rindu eh? haha. Anta pon hensem kot.." diiringi dengan dengan gelak tawa mereka berdua.. Setelah 3 bulan tidak berjumpa kerana cuti semester. Mungkin terbit rasa rindu di hati. Tiba-tiba Nukman menegur Solehuddin dari belakang. Ketika itu, Solehuddin sedang mengemas barang untuk disimpan dalam loker. "Solehuddin, bila nak kawen? Tengok macam dah ready ja.."sambil tersenyum Nukman bertanya. 
"Ya Allah..soalan apekah? hehe.. tau mane dah bersedia ni.ana tak ready lagi la..calon pon tak dek lagi. Anta la kot dulu.hehe.."balas Solehuddin. "Eh..takda calon? Maisarah tu?Sesuai apa antuma dua..hehe.." "Huishh.. Maisarah..? Hebat sangat la dia tu. Tak layak rasanya.." Solehuddin merendah diri. Jauh di sudut hati, dia mengaku menyimpan perasaan terhadap anak gadis dari utara tersebut.

Minggu lepas, sebelum berangkat ke kolej, Maisarah ada cakap sesuatu dengan umi dan abinya. "Umi, abi..Mai rasa Mai dah sedia kot.." "Alhamdulillah.."saling berpandangan, Haji Daud dan Hajah Hasifah memahami maksut tersirat anak tunggalnya itu. Dia sudah bertekad untuk menempuh alam perkahwinan setelah istikharah didahulukan. Alhamdulillah. Tenang. Kini, di tangannya terlipat kemas satu surat yang sudah dibalut dengan sampulnya. InsyaAllah, dia akan kirimkan pada seseorang. Debar kian terasa. Sejuk tangannya. 

Taman Nuri, tempat tinggal Puan Intan sekeluarga. Kini, Hasif merupakan seorang pegawai agama. Sudah setahun dia menjadi graduan. Pada hari minggu, dia gemar menghabiskan masa di rumah.. Bersama keluarga. "Hasif..ni ha ade surat.." Puan Intan menghulurkan surat tersebut. Entah mengapa terasa surat tersebut bukan calang-calang surat. Terasa terlalu berdebar, terus Hasif mengambil wudhuk. Mohon kekuatan untuk membaca isi surat tersebut. 

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum w.b.t..

Akh Hasif..

"Aku ingin menjadi makmum kepada seorang imam,
aku ingin menjadi sayap kepada seorang khalifah,
aku ingin menjadi pendengar kepada seorang da'ie,
aku ingin menjadi seorang mujahidah kepada seorang mujahid,
dan aku ingin memberikan cintaku pada insan yang mencintai Allah lebih dari segalanya!"

Wassalam..

Yg benar,
Maisarah.

Alhamdulillah! Itulah kalimah pertama yang terkeluar dari mulutnya usai membaca surat tersebut. Menitis air matanya. Ringkas kandungannya tapi sudah cukup memberi jawapan kepada do'anya selama ini. Lantas, sujud syukur dilakukannya. "Umi... Abah!!! Alhamdulillah.. Maisarah Umi..Abah.." tersekat-sekat dia berkata. Satu nama yang diucapakan. Maisarah. Sudah cukup untuk memberitahu apakah isi kandungan surat tersebut. Syukur. Itulah perasaan kedua orang tuanya. 

2 bulan kemudian...

Berlangsunglah perkahwinan Hasif dan Maisarah.. Penuh kesederhanaan. Warna hijau menjadi pilihan. Sahabat handai, saudara mara semuanya hadir bagi memeriahkan majlis. Di kejauhan, terkesan seseorang. Kelihatan senyumnya terselit sedikit kesedihan. "Tahniah, Maisarah, Abang Hasif.." "Terima kasih.. Alhamdulillah.. :) Jodoh itu rahsia Allah Solehuddin.. Allah Maha Mengetahui bila masa yang sesuai untuk hambanya. Perancangan DIA lah yang terbaik.." Hasif, senior Solehuddin, masih sempat memberi mutiara kata kepada adiknya. Biar sedikit, tapi bermakna. 


Setibanya di asrama, Solehuddin terus bersolat Asar. Tidak lupa memanjatkan doa. Usai solat, Nukman mendekati.."Soleh..ana tau anta sedih..kan.. Ingatlah.Allah Maha Mengetahui.." dihulurkan satu kertas kecil kepada Solehuddin dan terus berlalu.

"YA ALLAH, jika benar dia untukku,
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku..
Jika dia bukan milikku,
Damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu."

Solehuddin tersenyum. 



~P.E.N.A.H.A.T.I.K.U~
Begitulah hakikat seorang yang beriman. Pabila nikmat menyapa, syukur pasti di kata. Andai ujian datang menduga, redha itulah ubatnya. 





No comments:

Post a Comment