Followers

Tuesday, 14 February 2012

Bila aku jatuh cinta.. (^^,)


Bila aku jatuh cinta,
Semuanya indah belaka.
Terlupa sejenak keindahan abadi yang dijanjikanNya,
Sms setiap masa,
Call mesti punya,
Best ada orang yang suka..

Bila aku jatuh cinta,
Janji manis automatik di kata,
Tak sabar nak kawen rasanya,
Harap masing-masing setia,
Terlupa, Allah yang menentukan jodoh kita,
Bercinta lama, kawin tak tau lagi macamana.

Bila makin lama bercinta,
Mula ada satu rasa,
Ehh, betol ka aku nak kawen dengan dia?
Rasa sangsi dan asyik gaduh saja,
"Tapi, tu kan asam garam bercinta?"
Kembali diri mencipta bahagia.

Bila ikatan sudah ada,
Pi mana-mana asyik bersama,
Sedangkan baru bertunang ja,
Kawen tak sure lagi la,
Takpa, 'lesen' bertunang dah cukop da..
Itulah yang selalu orang kata.

Bila aku sudah nikah,
Mula-mula semuanya indah,
Lama-lama semua jadi punggah,
Setiap hari hati gelisah dan resah,
Apa sebenarnya punca masalah?
Cuba check apa yang salah..

Bila suami balik kerja,
Asyik-asyik nak marah ja,
Aku pon naik fed-up la,
Pastu, senyap dua-dua,
Men bagi notis kat peti ja,
"Kami perlu berpisah,' aku rasa.

Duhai teman,
Bukan itu penyelesaiannya,
Segala yang dibuat telitilah semula,
Adakah ada BERKAT di dalamnya?
Adakah itu yang Allah REDHA?
Penceraian? Mudah tapi amat dibenciNya.

Dari mula dah ada yang tak kena,
Bercinta, tapi bukan macamtu terjemahannya.
Seeloknya persiapkan diri dengan ilmuNya,
Itu sebenarnya usaha,
Bukannya start mencari dan menge'cup' anak dara/teruna.

Wahai diri,
Jom muhasabah seketika,
Hidup hanya untukNya,
Matlamat kita bukan dunia,
Dunia hanya wasilahnya,
Tapi, akhirat itulah yang kekal dan segala.

Takpalah, benda dah jadi,
Cuba perbaiki diri,
Masih belum terlambat lagi,
Sesali diri, dan bertaubatlah pada Illahi,
Moga elok hubungan suami isteri,
Itulah petanda berkat yang diberi.


~P.E.N.A.H.A.T.I.K.U~

Pesan aku pada diri,
Cuba saratkan diri dengan ilmu,
Menjadi solehah itu yang penting,
Bukan mencari yang soleh,
Kerana yang solehah insyaAllah untuk yang soleh,
Carilah cinta yang hakiki,
Insyallah, cinta manusia itu menyusuli.


Saturday, 11 February 2012

Tolonglah tegur aku.. ="(

Assalamualaikum w.b.t..




Kawan A : Aku tengok kawan kita sorang tu makin lama makin pelik..

Kawan B : Apa yang peliknya?? 

Kawan A : Maksud aku dia sekarang macam dah makin berubah. Aku susah ati tengok dia..

Kawan B : Ok. Aku paham maksud kau tu.. Dah tau dia makin berubah, napa tak tegur dia?

Kawan A : Aku takut dia terasa hati.. Lagipun aku betol-betol tak tau macamana nak start. =(

Kawan B : Kau nak dia terus lalai macam tu ke?

Kawan A : Mestilah aku tak nak kawan-kawan aku jadi macam tu. 

Kawan B : Aku bagi ko satu perumpamaan.. Konon lah kau kat tempat dia, then kau lalai dan semakin ari semakin kau berubah. Padahal kau tak sedar perkara tu. Orang sekeliling kau nampak perubahan kau tapi tak tegur. Kau terus lalai, dan buat maksiat.. Kau nak ke camtu? 

Kawan A : MasyaAllah! Jangan la bagi contoh aku.. Ko ni. takut aku.

Kawan B : Haa tau pun takut.. Memangla selemah-lemah iman tu adalah mencegah dengan hati. Tapi, cuba ko pikir balik pros and cons bila hanya mencegah dengan hati. Hanya dengan hati. Bila kau buat salah, orang yang nampak salah ko tu juz mencegah dengan hati. Lastly, kau jugak yang rugi sebab sampai ko mati tak dek orang tegur dan kau terus-terusan membuat dosa. Kau nak ke camtu??

Kawan A : Ya Allah... Aku tak nak camtu.. Weh.. ko tegurla aku kalo aku ada buat salah.. please.. jangan biar aku berlama-lama dalam keadaan membuat dosa.. Kesiankan aku weh.. ="(

Kawan B : InsyaAllah.. Aku pun sama jugak. Tegurlah aku walau apa keadaan sekalipun. Jangan sesekali kau biar aku terus buat dosa.. Aku takut, nanti bila tak dek orang tegur aku, then bila aku sedar kesalahan diri, time tu dah terlambat. Nasik dah jadi bubur. Tengok-tengok aku dah kat padang mahsyar da pon.. ="(

Kawan A : Na'uzubillah min zalik! Sama-sama kita tegur menegur ya.. Hmm.. aku kena tegur jugak kawan kita tu.. Mudah-mudahan Allah permudahkan.. Kesian kat dia kalo aku juz cegah dalam hati.. tapi tak sedarkan dia atas kesalahan dia tu..

Kawan B : Manusia memang tak pernah sempurna. Sebab tu perlunya sahabat yang bila bersahabat hanya kerana Allah. Bila kerana Allah, insyaAllah, kita akan buat segalanya termasuklah tegur-tegur ni kerana Alllah jugak.. Ada orang yang tegur dengan cara perli. Tak baik camtu. Kalo kita tegur kerana Allah, for sure kita akan tegur dari hati. 

Kawan A : Hmm.. betol tu.. Kata-kata yang datang dari hati, pasti akan jatuh kat hati jugak kan. InsyaAllah..

Kawan B : Ok.. perbetulkan niat ko dulu sebelum nak tegur. Practice sket-sket dulu apa ko nak cakap. Hehe..

Kawan A : Beres bos!! =)



p/s : Pada kawan-kawan ku, tolong lah tegur andai nampak diri ni buat salah dan mula terleka dengan dunia. Cakap ja.. InsyaAllah..den terima.. Takut bila takdak orang tegur, diri sendiri yang rugi. Sama-sama kita memperbetulkan kesalahan.insyaAllah.