Followers

Wednesday, 3 October 2012

Puisi Bahtera Hati



Acapkali aku dilukai
Oleh insan-insan yang amatku sayangi..
Acapkali aku bertanya pada diri
Inikah yang dinamakan sahabat sejati?

Aku berputus harap..
Benar kata mereka..
Andai diberi hati ini pada manusia
Pastinya akan dihancur lebur!

Andai hati ini diberi pada manusiawi
Entah esok ataupun lusa
Kau pasti disakiti lagi !
Aku kembali bersedih hati.

Puas hati ini ku pujuk
Membiarkannya dipenuhi dengan baiknya sangka
Menghias hati ni dengan indahnya sabar
Meski penuh dengan tampalan dan jahitan !

Sabarlah duhai hati..
Hidup ini hanya persinggahan
Kesedihan itu juga tidak berkekalan
Di sana pasti ada keadilan.

Di saat itu
Tiada lagi hati yang disakiti
Kerana Dia sebaik-baik yang mengadili
Haq dan batil akan terbukti!


Monday, 1 October 2012

Berbaik sangka padaNya..

Bismillah..


Assalamualaikum w.b.t..

Mungkin ini merupakan satu perkongsian yang sudah biasa kita dengar.. Tapi, bagi diri ini, kadangkala perlu diberi perinagatan agar makin bertambah sangkaan baik kita padaNya.. AllahuRabbi.. 

Pernahkah kita terfikir, kita pernah beberapa kali melakukan dosa.. Kemudian, kita amat menyesali perbuatan tersebut.. Lantas kita berkata.. "Kenapalah aku buat macamtu.. Kalau aku tak buat macamtu..." "Malunya Ya Allah..aku berbuat satu kemungkaran yang nyata!" dan mungkin bermacam-macam lagi..

Akan tetapi..

# Barangkali kesilapan atau dosa yang kita lalui itulah cara Allah memberi hidayah (petunjuk) kepada kita ke jalan yang benar.

# Barangkali, dengan dosa yang kita lakukan itu, kita tahu cara untuk menolong orang yang melakukan dosa yang sama.. Sebagai contoh, kita pernah ber'couple'.. Susah untuk berubah pada mulanya.. Dan, kita amat menyesali perbuatan tersebut. Alhamdulillah, kini kita sudah insaf.. Dengan kesilapan yang kita lakukan itu, kita tahu apa keburukan ber'couple' dan tahu bagaimana hendak membantu mereka yang hendak berubah tetapi tidak tahu caranya.. Inilah antara hikmah Allah mengizinkan kita melakukan perbuatan tersebut.

# Barangkali juga dengan kesalahan yang pernah kita lakukan, kita mampu menyelami apa yang orang-orang melakukan dosa itu rasa. Mungkin mereka sudah berputus harap padaNya.. Alhamdulilah, dengan adanya orang yang seperti kita yakni pernah melakukan dosa tetapi masih mampu merasai rahmat Allah, kita mampu memberi semangat dan motivasi kepada mereka bahawa Allah itu sifatNya Ar-Rahman dan Ar-Rahim.. Tidakkah itu mampu menghidupkan semula hati yang sedang bersedih kerana memikirkan dosa-dosa yang mungkin tidak diampuniNya? Sedangkan kita perlu berbaik sangka padaNya.. AllahuRabbi.. :')

Oleh itu, marilah kita sama-sama berbaik sangka padaNya.. terlalu banyak nikmat dan rahmat yang masih dapat kita rasai sehinggalah detik ini. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah ! :')

Terlalu baik Allah pada kita walaupun setiap hari ada saja dosa yang kita buat.. ada saja arahan Allah yang kita tidak ikut. Allah.. Allah.. :'(