Followers

Wednesday, 3 October 2012

Puisi Bahtera Hati



Acapkali aku dilukai
Oleh insan-insan yang amatku sayangi..
Acapkali aku bertanya pada diri
Inikah yang dinamakan sahabat sejati?

Aku berputus harap..
Benar kata mereka..
Andai diberi hati ini pada manusia
Pastinya akan dihancur lebur!

Andai hati ini diberi pada manusiawi
Entah esok ataupun lusa
Kau pasti disakiti lagi !
Aku kembali bersedih hati.

Puas hati ini ku pujuk
Membiarkannya dipenuhi dengan baiknya sangka
Menghias hati ni dengan indahnya sabar
Meski penuh dengan tampalan dan jahitan !

Sabarlah duhai hati..
Hidup ini hanya persinggahan
Kesedihan itu juga tidak berkekalan
Di sana pasti ada keadilan.

Di saat itu
Tiada lagi hati yang disakiti
Kerana Dia sebaik-baik yang mengadili
Haq dan batil akan terbukti!


No comments:

Post a Comment