Followers

Tuesday, 3 January 2012

::Punca Hati Terasa Sempit, Sedih dan Sesak::

Assalamualaikum w.b.t..


Ada 4 perkara yang dapat menyebabkan hidup terasa SEMPIT, hati menjadi SEDIH, dan dada terasa SESAK..


1. Tidak suka terhadap qada' dan qadar Allah dan tidak rela menerimanya.


2. Terjerumus pada kemaksiatan tanpa bertaubat.


... katakanlah: "Hal itu adalah akibat sikap diri kalian... (Ali 'Imran : 165)


... semua itu akibat sikap perbuatan kalian... (As-Syura : 30)


3. Dengki kepada manusia, suka balas dendam, dan iri hati terhadap kurnia yang diberi Allah kepada seseorang.


Apakah mereka iri hati kepada orang yang telah diberi kurnia oleh Allah? (An-Nisa' : 54)


Rasulullah s.a.w bersabda : "Tidak ada ketenangan bagi orang yang suka mendengki."


4. Berpaling dari peringatan Allah.


... maka sungguh baginya penghidupan yang sempit. (Thaha :124)






Moga diriku dan jua dirimu dijauhkan dari sikap-sikap tersebut!
Na'uzubillahminzalik!

2012 : Aku Semakin Dewasa

Aku semakin dewasa!
Dari belasan aku menjadi puluhan,
Moga itu menjadi penggilap kematangan,
Agar bisa menghadapi segala rintangan,
Cabaran aku tangkis dengan kebijasanaan..

Aku semakin dewasa..
Minda mula menghitung pelbagai perkara,
Menilai erti hidup sedalam-dalamnya,
Masih banyak yang belum terlaksana,
Moga negeri akhirat menjadi cita.

Aku semakin dewasa,
Fikiran mula ke hadapan,
Berfikir tentang kehidupan?
Prihatin akan kesihatan?
Mula terkenang soal pasangan?

Aku semakin dewasa,
Aku punya banyak cita,
Cuma usaha dan pengorbanan perlunya,
Pelajaran jangan sampai tergendala,
Kelak diri sendiri yang kecewa.

Aku semakin dewasa,
Yang dulu tidak pernah aku kira,
Tapi kini kian terasa,
Perlu Allah untuk menjaga,
Agar aku tidak mudah terleka.

Ya Allah,
Kini aku semakin dewasa,
Makin hampir ajal menjemput hamba,
Ya Rabb,
Bersyukur kerna masih diberi nyawa,
Moga disitu ada berkatNya.
Ameen..