Kepada diriku sendiri, aku nasihatkan agar terus bersabar dengan ujian yang Allah beri. Ujian itu sebenarnya hadiah. Hadiah? Ya hadiah.. Hadiah yang berisi ujian. Hanya dengan ujian tersebut, darjat kita akan naik setingkat. Dengan ujian itu dosa-dosa kecil kita digugurkan. Hanya dengan ujian itu membawa kita hampir kepadaNya. Dalam ujian itulah kita diperhatikanNya dengan penuh kasih sayang. Allah sedang menguji iman kita agar dengan sabar itu menjadi penyebab kita masuk ke syurgaNya. Hanya dengan ujian itu juga kita akan kenal kehidupan ini.
Kadang-kadang terdetik juga di hati ini.. Aku lebih rela bergelut dalam konflik 'assignment' dan lain-lain tapi bukan masalah hati sebegini. Ya, disebabkan kau lebih sanggup menghadapi perkara lain tetapi bukan 'masalah' ini, bukan 'ujian hati' ini, disebabkan itulah Allah menguji kita dengan perkara yang kita takutkan. Lupakah kau pada firmanNya :
Dan sesungguhnya akan Kami berikan ujian kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar. (Surah al-Baqarah, ayat 155)
Oleh itu, ujian yang kau hadapi ini memang sudah ditetapkan olehNya, Bergembiralah wahai hati. Bergembiralah kerana kau sedang melaksanakan sunnatullah yang terkandung dalam kitabNya. Kitab yang Mulia. Bergembiralah. Dan, jangan lupa, setiap kesusahan itu akan diiringi dengan kemudahan.
“Karena sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.” (asy-Syarh: 5-6)
=')
No comments:
Post a Comment