Assalamualaikum wbt..
Medan tarbiyah benar-benar memerlukan hati-hati yang betul-betul kental, penuh dengan kesabaran serta berlapang dada. Sebab apa? Kerana bila diri kita telah berada dalam medan tersebut bermaksud kita sendiri telah rela dan bersedia untuk diuji. Ujian Allah datangkan dalam bentuk yang pelbagai bergantung pada diri dan hati masing-masing.
Sejak dua menjak ni, ana dapat rasakan ujian Allah datang bertalu-talu. Allah benar-benar 'mentarbiyah' diri yang hina serta sentiasa melakukan dosa ni. :'(
Bukan mudah untuk menghadapi segala ujian tersebut. Allah tak memberi ujian sewenang-wenangnya tanpa hikmah disebaliknya. Untuk kita fikirkan apa jua hikmahnya, perlunya hati yang sentiasa sabar dan berlapang dada. Barulah boleh fikir dengan rasional.
Tapi, senang lidah menyebut 'sabar', menyebut 'berlapang dada', tapi bila soal nak aplikasikannya, itulah saat kita benar-benar diuji dengan apa yg kita sendiri ucapkan.
Allahu Akbar. :'(
Itulah pentingnya bercakap bila perlu, dan diam itu lebih baik dari cakap yg sia-sia.
No comments:
Post a Comment