Followers

Sunday, 17 February 2013

Aku, mereka dan si yatim piatu !

Assalamualaikum w.b.t..

:-) SIhat? Dah makan? Alhamdulillah kalau sihat and dah makan. Nikmat tu.. Ok.. Niat hati nak tulis pasal program dekat Rumah Anak Yatim Gemilang dekat Sik, Kedah baru-baru ini.. Sangatlah seronok ! *actually kem ni taun lepas punya :p haha

Tapi.. tipulah kalau kami tiada halangan sebelum ke sana.. Macam-macam dugaan sebenarnya.. Daripada sini nak ke Sik, ambil masa dalam 2jam something.. Itupun kalau drive 130km/j and above la. haha..  Never drive like that before..  

Keletihan fesi yang tak cukup rehat and so on rasa berbayar bila tengok adik-adik kat rumah anak yatim tu sangatlah manja and sangat warm-welcoming.. Belum sempat turun dari kereta sudah diserbu oleh adik-adik tu.. Rindu sangat dekat budak-budak tu.. Kem kali ni berobjektifkan dua perkara.. Firstly, program ni fokusnya pada adab-adab seharian and secondly pasal kejayaan and kecemerlangannya.. Alhamdulillah, kami (fesi-fesi seramai 4 orang) berjaya buat aktiviti-aktiviti yang indirectly aim untuk tu.. Tapi, program kali ni sangatlah santai.. 


Ni lah wajah2 peserta kem :)) Adik2 yg amat disayangi!
Ni lah wajah2 peserta kem :)) Adik2 yg amat disayangi!

Malam tu, kami start dengan bacaan Yasin.. Kemudian lepas solat Isyak kami teruskan dengan sesi Tak Kenal Maka Tak Cinta.. Ice breaking jaa.. Nama bukan main kan. hehe.. masuk dalam group.. Kami pecahkan kepada 4 kumpulan.. Sebab dekat situ, ada budak darjah 1 sampailah form 6 atas.. Jadi, level tak sama kan. Then, kami terpaksa separate ikut level.. Budak-budak tu suka peluk-peluk.. Yang paling comel sekali bila adik-adik tu berebut suruh kami semua tidur kat bilik masing-masing. Ada 2 dorm sebenarnya.. Dorm atas and dorm bawah.. Sampai ada yang nak merajuk.. Jadi, kami pun sampai tanya kat warden situ and kak Linda (warden) cakap dua fesi tidur atas dua lagi tidur bawah.. Hehe.. Tapi disebabkan malam tu kami fesi-fesi kelaparan sangat, so kami pun keluarla makan.. Pukul 12 kot ! haha. Then, Balik-balik tu, dorm atas tu dah berkunci.. Terpaksa tidur kat bilik bawah...  tapi disebabkan kami semua dah tidur kat dorm bawah, so adik-adik tu tuntut la kami semua fesi tidur dorm atas pulak. 


Malam tu kami keluar makan sekejap. Lapor sgt.
Ana ni penakut kucen. Tp, bila tgk kat bwh kaki ada 2 ekor kucen ni, rsa teruja pulak. Macam BEFORE and AFTER.
HAHA. >< cute!


Next, kami sebenarnya segan sangat-sangat nak makan kat situ.. Tapi, adik-adik sediakan makanan untuk kami. Macam-macam fi'il kami buat untuk melambat-lambatkan makan. Haha. sebab segan sangat-sangat. tapi, bila dah adik-adik tu semangat siapkan makanan untuk kami and ada yang offer nak suap lagi tu, so kami pun apa lagi kan. Orang cakap rezeki jangan ditolak. ^^

Lepas breakfast and before muslimin solat Jumaat, kami ada buat satu aktiviti and amik masa sekejap untuk berqasidah.. Sangat sedap qasidah tu.. And, I were touched by it and suddenly my tears just came out.. So, ada yang nampak ana nanges sebenarnya.. Selesai berqasidah, kami semua nak turun lunch.. Kemudian dekat tangga sebelum nak turun tu, ada beberapa orang adik ni tanya, "kak T napa nanges tadi..? kak T janganla nanges.. Kalau kak T nanges saya pun nak nages jugak.." Kemudian, terus dipeluknya ana ni and nanges sama-sama.. Masha Allah.. :'( Apa yang ana dapat simpulkan, adik-adik tu dah pernah merasai suatu kesedihan and pernah melalui satu keperitan sampai dia tak boleh tengok ada air mata pada orang yang dia sayang. Cukuplah sekadar apa yang pernah dia rasakan.. And, they just wanna let this world full with smiles and happiness.. :') Allahu rabbi ! 


Sebelah ana tu namanya Fiza. Fiza ni lah yg peluk ana tu. Dia sgt suka peluk2 ni. :')  Tak  penah xpeluk kalo p sana.
Rindu sgt2 dkt Fiza :'(

Petang tu, kami main satu game. Cina buta kah nama dia? Entahla. tapi game tu main tutup mata and fesi tolong guide. Hehe. best.. Even budak-budak tu dah biasa dengan tempat tu, tapi still tak yakin dengan tenpat sendiri. So, rasanya dah dapat kot objektif game tu? ^^ Kalaulah mata yang tutup tu sekejap pon dah tak boleh nak terima, macamanala orang yang buta kan.. :'( AllahuRabii.. Insaff


Bykkan love? :p Time ni suma muka happy sbb baru lepas cabut kemuncup :p
haha. Kain ana la yg paling byk skali rasanya. See. Fiza lg kat sebelah ana. Dia suka peluk~ <3 :')

Waktu tu, kami main sampai masuk abeh hutan belantara. Haha. Abeh lekat kemuncup-kemuncup. Baiknya adik-adik tu, tolong buang kemuncup kat kain tu.. :') Aduhai.. ramai pulak tu. Dah macam kenduri dah. haha..

So, disebabkan keletihan petang tu, ramai lah dah ketiduran waktu tengok cita Laskar Pelangi.. Sebelum game petang tu, biudak-budak tu kena ambush sket. hehe.. Bukan apa, biasala kem kan. Tak disiplin and so on. Kalau tak ditegur bila lagi kan. Lagipun untuk kebaikan adik-adik tu jugak.. :') 


Malam tu before solat Isyak, ada sesi tazkirah and soal jawab sket.. I've never asked dat question before which is.. 'Sapa kat sini yang yatim piatu?" Ada dua tiga orang yang angkat tangan. Kemudian, soalan diteruskan dengan tanya yang takdek mak and ayah.. Cuma satu benda yang nak diterapkan disitu ialah, beruntungnya adik-adik yang takdek mak dan ayah ni. Sebab apa? Sebab adik-adik tu ada satu persamaan dengan baginda Rasulullah s.a.w.. :')) Masha Allah.. Adik-adik tu sepatutnya tak rasa benda tu satu kekurangan.. tapi satu kelebihan sbb lebih hampir kpd Rasulullah s.a.w.. 

Last day dekat situ, kami fesi-fesi dipeluk diciumnya oleh adik-adik kat situ. Ana dapat rasakan betapa sayangnya adik-adik tu dekat kami. And, of course, me too.. :') Ada adik tu, peluk ana tak bagi balik. Tapi, mana boleh.. Kena balik jugak la.. Setiap pertemuan ada perpisahan kan.. Ada seorang adik tu nama dia Suraya.. Dia request sumthing.. Dia cakap macamni.. " kak t, kak t, boleh dak nak panggil kak t ummi?' AllahuRabbi :'( It touched me ! And i really wanna cry. And, ada sorang ni yang support la kan.. Sorang lagi cakap macamni, "Eh,, hang ni. Kak t tak kawen lagi.. Mana boleh panggil ummi.." Adik tu jawab, "Em betoi jugak kan.. " tapi ana jawab, "Boleh ja.. panggil la ummi pon boleh.." Hehe.. Tak kawen agi dah rasa macam ada anak kot.. Satu perasaan yang tak boleh diceritakan sebenarnya... No words to describe.


Yg tudung kelabu ni lah Suraya. Sebelah dia Asfa :') Suraya cakap, muka ana mcm muka kwn baik dia.
Tak sangka ana. Dlm byk2 org, Allah nak temukan ana dgn Suraya jgk :') Allah..


Last session before ambik gambar, kami tengok tayangan gambar and video sepanjang program. Semuanya happy and bergelak tawa. Sedangkan fesi-fesi dah kesedihan nak tinggalkan adik-adik tu.. Kemudian, lepas duduk kat bawah tu, ana pun berdiri kat sebelah adik sorang ni. Kecik ja budak dia nama Asfa.. Comel sangat.. Dia duduk kat belakang kerusi and sandar dekat tiang. So, ketinggian kami hampir sama la kan. :) Then, dia berceloteh cakap dia jatuh time game semalam and sonok sangat dia cakap. Happynya muka dia.. Ana pun happy sangat tengok Asfa tu seronok and ana juz senyum la kan. Pastu, Asfa duk tengok-tengok sebenarnya, ana biar ja kan. Then, suddenly, she gave me a kiss !! :') AllahuRabbi.. Sangatlah terharu.. sangat-sangat !!! Then, ana cakap kat Asfa, 'Meh Kak T nak cium balik.." so, dia pun menghulurkan pipi..huuu~ so bahagia ! =') *Nak tgk Asfa yg mana 1 tgk kat gmbar ats ya :)


Kat bawah ni gambar2 yg terpilih saja dpt letak.. :)


Salah sorg fesi, Humaira. Adik ni tingin nak pakai purdah and tudung labuh. :)
Mudah2an jd anak solehah!  Aameen :)











Dah mcm2 gambar ni kan. :) Last day tu, adik2 suma pakat try nak pakai purdah and tudung labuh. Alhamdulillah, keinginan utk menutup aurat dgn sempurna mmg ada. Moga2, adik2 jd anak solehah ya! :)

Kat bwh ni pulak ialah gifts yg adik2 bgi. Kalo p sana, xdpt apa2 tu tipulah. haha

Kereta tu ada 3 bijik. 1 bijik lg menyorok pulak. hehe. yg purple tu tau apa?
Plastesin. AllahuRabbi. :') Terharu sgt. Mmg nak bg sgt2 hadiah, bg jugak plasticine bentuk swan :')

Actually, byk lg adik2 tu bg. Ada yg bg lukisan angry bird lah, key chain lah.
Macam2 :)

 Adik2 Rumah Gemilang ni, siyesly dah rasa macam adik2 kandung sendiri.
Mungkin nilah hikmahnya Allah bg ana xdak adik perempuan. Cuma ada adik lelaki.
Ni lah hadiah yg Allah nak bg selama ni. :') Allah...

Moga2, Allah kabulkan doa2 kita. Aameen.

2 comments:

  1. Tak sangka dengan ayat nie kak..
    Anak yatim piatu pn ada kelebihan sbb punyer persamaan ngan baginda Rasulullah s.a.w..
    Tak pernah terfikir pun selama nie..
    Setiap yang berlaku, pasti ada hikmah tertentu..
    --> Seronok bace sebab akak ada banyak pengalaman bersama dengan adik2 RG...

    ReplyDelete
  2. :') btol. semua yg Allah tetapkan ada hikmah disebaliknya. Hnya org2 yg berfikir sja dpt lihat kebesaran Allah.. Allah Maha Baik..

    Insha Allah.. Alhamdulillah kalo sonok baca. hehe. Nanti kak tqah tulis lg ek :p haha. *fis time update blog letak gambo snirik~ huhu

    ReplyDelete