Followers

Saturday, 28 April 2012

Risau pasal bakal suami ? -.- "

Assalamualaikum w.b.t.. ^^

Kaifahalukum ? Kaifa qalbukum ? Kaifa imanukum ? Bersyukur ke hadrat illahi pena ini masih mampu mencoret.

Tiba-tiba saja terdetik dan terfikir mengenai satu perkara.

"Aku harap bakal suami aku nanti bukan saja berkahwin dengan aku, tapi 'berkahwin' dengan keluarga aku.."

Mungkin satu perkara yang tak pelik, tapi kemungkinan jarang difikirkan. Inilah harapan yang ada kat hati ni. Moga-moga siapa pun bakal imam yang telah Allah tuliskan untuk aku, aku harap sangat dia dapat terima keluarga aku dengan hati yang lapang. Keluarga aku kecil ja. Ada 3 orang adik beradik. Mungkin tak semeriah orang yang ada 5 orang adik beradik, 7 orang adik beradik dan sebagainya. Aku jugak harap, dia boleh terima orang tua aku. Sedih sangat kalau dia tak terima mak dan ayah aku. Maksudnya, mungkin hati dia tak seronok ka. Entahla.. mungkin aku terlalu risau sangat kot.

Bukan tu ja. Aku risau jugak yang family bakal suami aku nanti tak dapat nak terima aku. ='(
Aku yang banyak kekurangan ni. Dan mungkin jugak tak sekufu dengan keluarga dia dari segi jamaah dan sebagainya. Aku risau.. Mungkin aku tak dapat nak sesuaikan diri dengan keluarga tu. Ya Allah.. Jauhkanlah segala kebimbangan aku yang tak berasas ni !

Tapi.. aku dah berazam.. Tak kisahlah sapa pun bakal suami aku, sapa pun bakal keluarga mertua aku, aku akan tunaikan tanggungjawab dan cuba bina ukhwah dan silaturahim kerana Allah.

Aku akan cuba jugak sesuaikan diri, layan bakal mak mertua aku dengan baik, cuba belajar masak favourite  food family tu, and cuba untuk biasakan diri dengan aktiviti-aktiviti dalam family tu. Risau jugak kalau dapat suami dari negeri lain sebab orang kedah ni bila dah terlalu biasa sangat dengan loghat kedah, susah nak ubah. Tambah pulak, aku style malu sket kalau nak tiba-tiba ubah cara cakap. Kekok kot !

Bukan tu ja. Aku akan cuba bina hubungan yang baik and mesra dengan adik-beradik bakal suami aku (kalau ada la). Dan juga dengan saudara mara. Hopefully, it goes same to him (my future husband).

Sekufu~~~ Hmm.. Aku tak kisah sangat dari kalau tak sekufu dari segi kerja. Mudah-mudahan, sekufu lah kami nanti.

Tapi..
InsyaAllah..
Aku yakin dengan janji Allah.
Kalau Allah dah tetapkan yang tu
maksudnya yang tu lah terbaik untuk aku.
Tak payah risau la kan ?

Orang cakap, kalau dok tunggu sangat, lagi tak mai. Baik wat rilex ja. nanti bila sampai masa dia, Allah tunjuk la kan. Allah kasi hint. ^^

Ya Allah. Bersyukur kerana aku dilahirkan dalam nikmat Iman dan Islam.

*Diari hati~~



Thursday, 26 April 2012

Aku dan hati.

Jauh jauh hati menjauh.
Bukankah memang sudah jauh?
Apa lagi yang hendak menjauh?

Jauh jauh membawa hati.
Apa nilai aku di pandanganmu?
Bukan bermaksud pandangan manusiawi aku turuti.
Cuma, andai ada salah silapku,
Katakan agar dapat aku berubah.

Jauh jauh aku menjauh.

Wahai hati.
Tabahkan hati.
Sabarkan hati.
Allah itu Maha Mengetahui.

Wahai hati.
Mungkin hanya sebentar hujan ini,
Pasti ada pelangi yang menyusuli.

Jauh jauh hati.
Andai sudah ditakdir illahi
Pasti bersatu dua hati.

Jauh jauh diri.
Andai hendak terus menjaga hati,
Tsabatkan hati.
InsyaAllah ada cahaya yang menanti.





Dekat di mata, jauh di hati..

Assalamualaikum w.b.t.. ^^


Alhamdulillah..Bersyukur yang tidak terhingga ke hadrat illahi dengan berkat izin serta inayahNya dapat lagi kita bernafas dengan oksigen yang langsung tidak dikenakan bayaran ini dan juga berdiri, bergerak dengan tubuh badan yang sihat. Semuanya hanya pinjaman sementara dan amanah Allah untuk dijaga. Maka, tunaikan hak-hak tubuh badan kita. Antara, peliharalah AURAT kita tidak kira samada muslimin atau muslimat, InsyaAllah. Sedikit perkongsian pada pagi ini. Apa itu dekat di mata, tapi jauh di hati??


## Siapa setuju seandainya saya katakan bahawa, menasihati atau memberi teguran kepada kawan di sekeliling ataupun kawan rapat itu jauh lebih sukar berbanding menasihati orang yang tidak kita kenali ?

Namun, itu hanyalah pandangan saya semata-mata.

Setelah beberapa episod hidup yang telah dilalui, saya merasakan bahawa, orang yang sentiasa ada di hadapan mata kita ni, sebenarnya sukar untuk dinasihati. Disebabkan itu, saya katakan, dekat di mata, tapi sebenarnya jauh di sudut hati. ='(


Banyak perkara yang dibimbangkan kalau nak menasihati / menegur rakan-rakan :


1. Takut kawan kecik hati
2. Nanti dia merajuk, susah hati pulak tak bercakap dengan kita
3. Terjejas hubungan persahabatan
4. Aku ni bukan baik sangat
5. Kalau kawan baik dia tak tegur, aku yang kawan biasa-biasa ni tegur, xpa ka?
6. Tak tau nak start macam mana
7. Segan


Semua kebimbangan ini hanya akan menghasilkan satu keputusan = TIDAK MENASIHATI / MENEGUR


Jadi, adakah kita berjaya laksanakan amar makruf dan nahi mungkar ? Takut dan bimbang andai mendapat saham 'dosa' yang sama sedangkan kita tak melakukan kesalahn tersebut.


Oleh itu, apa yang perlu kita JELASKAN sebelum kita nak menasihati / memberi teguran ?


## Perbetulkan niat dahulu. Kerana siapa kita menasihati ? Kerana siapa kita nak menegur ?
## Atas dasar apa kita hendak menegur ? Benci ? Sayang akan kawan / kenalan ?
## Apa cara / uslub yang digunakan untuk menyampaikan nasihat tersebut ? Perlikah ? Menegur di hadapan orang ramai kah ?


Imam Syafei r.h: “Sesiapa menegur saudaranya secara rahsia,maka telah benar-benar menasihatinya dan  menghiasinya, dan sesiapa menegur saudaranya dengan cara terang-terangan maka ia telah melaku skandal (pendedahan jahat) dan menyerangnya”.




Nabi s.a.w bersabda:

“Sesiapa yang ingin menasihati orang yang memiliki kuasa, janganlah dia menampakkannya secara terang-terangan. Sebaliknya hendaklah dia mengambil tangannya (orang yang memiliki kuasa) dan bersendirian dengannya (menasihatinya dengan tidak didedahkan aib secara terbuka). Jika dia terima maka dia berjaya, jika tidak dia (orang yang menasihati) telah menunaikan kewajipannya”. (Riwayat Ibn Abi ‘Asim dalam al-Sunnah 507. Sanadnya sahih seperti yang dinyatakan oleh al-Albani)

Satu pesanan saya buat kalian :

Sekiranya kita bersahabat kerana Allah, insyaAllah, segala apa yang kita lakukan bersama sahabat semuanya keranaNya termasuklah urusan nasihat dan tegur-menegur. Kita menegur kerana sayangkan sahabat kita. Kita ingin bersama-samanya menggapai syurgaNya bukan hanya sekadar mendapat 'nikmat' di dunia. Barangsiapa yang matlamat persahabatannya itu hanya sekdar dunia, rugilah anda ! Hanya perbezaan sebuah nawaitu anda terlepas ganjaran Allah yang tidak ternilai ! Subhanallah !

Sebuah hadis qudsi riwayat Ubadah bin Somit bermaksud :

Allah s.w.t berfirman :

@ Orang yang berkasih sayang kerana Aku berhak mendapat kasih sayangKu
@ Orang yang saling berhubung silaturahim kerana Aku juga berhak mendapat kasih sayangKu
@ Orang yang saling mneasihati kerana Aku
@ Orang yang saling menziarahi kerana Aku
@ Orang yang saling berkorban berbelanja kerana Aku, semuanya berhak mendapat kasih sayangKu.

Sesungguhnya, orang yang berkasih sayang kerana Aku di atas singgahsana daripada cahaya, para Nabi, siddiqin dan para syuhada pun rasa terkilan dengan kedudukan itu."



Friday, 20 April 2012

Wahai wanita ! Jadilah seperti merpati..

Assalamualaikum w.b.t..

Grateful to Him as we still have two precious graces which are Iman and Islam. These two graces cannot be seen with our naked eyes. Yet, we can sense it and practice it through worshiping Him. InsyaAllah.. I would like to share with you some sort like motivation in being a better Muslimah from day to day. May ALLAH bless us, Ameen. =)



Duhai wanita,
Jadilah seperti seekor merpati,
Tinggi terbangnya,
Makin dikejar,
Makin menjauh.

Duhai nisa',
Jadilah seperti seekor merpati,
Putih dan bersih bulunya,
Pasti, lagi bersih hati budinya.

Duhai Muslimah,
Jadilah seperti seekor merpati !
Yang hari-harinya
Hanya mentaati sunnatullah illahi.

Duhai saudaraku,
Peliharalah dirimu,
Bukan kerana ego mahupun sombong,
Lantaran takutkan Allah yang sangat pedih azabnya !

Duhai serikandiku,
Peliharalah hatimu,
Jangan kau kotori dengan cinta duniawi,
Cinta yang berkalang noda lagi nafsu,
Ternyata, kosong isinya !

Duhai hiasan duniawi,
Cinta sementara lagi penuh tipu daya,
Itukah yang kau inginkan?
Sungguh, tak sanggup aku tukarkan cinta Illahi dengan insani.

Duhai Muslimah sekalian..
Ingatlah pesan Saidatina Fatimah,
Wanita solehah itu
Tidak memandang dan juga tidak dipandang..





Tuesday, 10 April 2012

Aku seorang da'ie..




Letih. ...
Letih memikirkan segala masalah di depan mata.
Namun, adakah wajar untuk aku letih?
Sebanyak mana usaha aku andai dibandingkan usaha Nabi dan para sahabat. Berapa banyak usahaku ini berbanding usaha Hassan al-Banna. Layakkah aku untuk berasa letih?

Kecewa. ....

Hampir setiap jalan yang cuba aku redah menemui jalan buntu.
Namun, adakah layak untuk aku kecewa? Sedangkan Rasulullah S.A.W. yang ditolak oleh kaum sendiri pun tidak berputus asa dalam perjuangan, siapalah aku untuk kecewa?

Sibuk. ......
Sibuk menjalankan amanah-amanah yang diberi.
Namun, layakkah aku untuk mengaku diri ini sibuk?
Jika aku sibuk, bagaimana dengan Imam Syafie', Imam Ghazali dan Imam Nawawi? Apalah aku dibanding dgn mereka yang jauh lebih sibuk dan jauh lebih hebat dari diriku.

Pedih. ......

Pedih hati dan fizikal ini apabila menghadapai ujian dalam perjuangan ini.
Namun, apalah erti kepedihan ini dibandingkan dengan Bilal bin Rabah yang dihimpit dengan batu kerana menegakkan kalimah Ahad?

Hampa. .....
Hampa apabila amar makruf nahi mungkar yang dijalankan tidak diendahkan.
Adakah ini alasan untuk berhenti berjuang?


Sedangkan Nabi Nuh yang beratus tahun berdakwah, hanya sebilangan kecil kaumnya mengikutinya, namun, adakah baginda berputus asa?

Adakah kita selaku pendakwah ini selalu mengeluh? Mengapa perlu kita mengeluh?
Sedangkan sewaktu kita mengaku keIslaman diri, kita sudah menandatangani kontrak dengan Allah. Kontrak seumur hidup. Kontrak untuk bekerja untuk agamaNya.

"Kita sudah ada orang yang nak angguk,kita sudah ada orang yang nak geleng,kita cuma perlukan orang yang nak melakukan apa yang diangguk,mencegah apa yang digeleng"-Prof.Dr.Zulkifli Mohammad




Jadi, mengapakah kita mengeluh? Tiada alasan untukku berputus asa. Hanya ada satu jalan untukku. Gigih berusaha!



Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga,
(At-Taubah:111)



Monday, 9 April 2012

Bakal Imamku..

Ya Allah..
Rasa bersalah aku pada bakal imamku..
Melayani kaum Adam,
Walau tiada sebarang keperluan.

Ya Allah..
Rasa bersalah aku pada bakal imamku..
Bercakap dengan sang Adam,
Bukankah segalanya untuk dia?

Ya Allah..
Rasa bersalah aku pada bakal imamku..
Auratku dilihat sang Adam.
Sedangkan mereka tiada hak.

Ya Rabb..
Rasa bersalah semakin menebal,
Malu..
Malu kepadaMu Ya Allah..
Aku mengharapkan yang soleh,
Tapi aku tidak berusaha menjadi yang solehah.

Ya Rabbul 'Izzati..
Makin dalam rasa maluku..
Di mulut aku katakan aku mencintaiMu,
Tapi perbuatanku tidak menzahirkannya..

Ya Allah Ya Tuhanku!
Ampunilah aku.
Aku telah melampaui batas..
Walau Al-Quran sering aku baca,
Tapi, aku masih alpa !

Ya Allah..
Bukakanlah pintu maghfirahMu..
Jangan Ya Allah.
Kau serahkan takdir aku ke atas diriku
walau seketika suma.
Sungguh tak sanggup aku melaluinya.

Ya Allah..
Kau jagalah hati bakal imamku,
Kau pelihara hati dan perasaan bakal imamku.
Kau berilah kekuatan pada kami
agar terus bermujahadah di jalanMu.
Permudahkanlah urusan hati kami Ya Allah.
Permudahkanlah...




Tak kenal, macam mana nak kahwin?




"Beruntung Haura'. Abi kata, siapa nak risik Haura' bila Haura' besar nanti, Abi akan  pastikan Abi pernah tamrin dan musafir sekali dengan si dia. Tak sangka, Abi dah ada standard dia. Terer  Abi, kan Haura'?!"

Jika memilih tidak bercinta sebelum berkahwin seperti kehendak syarak, jangan sampai berkahwin dengan seseorang yang kita tidak jelas tentang agama dan akhlaknya. Jangan mudah terpesona dengan apa yang terpapar di mata. Perlu merisik dengan bijaksana dan penuh kreativiti.


Macam-macam cara merisik.
## Ada orang yang menghantar spy.
## Ada yang  bertanya kepada keluarga dan jiran tetangga si dia.
## Ada yang menilai melalui facebook dan blog si dia dalam diam...dan ada bermacam-macam  lagi bentuk risikan. 
Kreatif!
Merisik dengan cara berkawan-kawan dulu dengan si dia? Hmm, itu bukan merisik, tapi berpelesit. Ianya syubhat, kata Yusuf al-Qaradhawi. Tiada contoh begini yang ditunjukkan oleh golongan salafussoleh.

Lebih menarik, ada yang merisik melalui orang tengah yang amanah dan dihormati agama dan akhlaknya. Beruntunglah bagi mereka yang mengikuti mana-mana institusi usrah atau halaqah kerana mereka lebih mudah menemui orang tengah yang amanah.

Ikuti teladan  betapa berhati-hatinya Saidina Umar untuk mengenali peribadi seseorang. Saidina Umar semasa cuba menyingkapi keperibadian seseorang, beliau sudah meletakkan piawaian tertentu. Beliau tidak mudah tertipu melihat postur dan penampilan seseorang. Beliau meletakkan kayu ukur tertentu bagi menilai agama dan akhlak seseorang itu. Ketika datang seorang lelaki yang memberikan kesaksian untuk seseorang, Umar bertanya kepadanya:

            Umar               : Adakah kamu mengenal orang ini?
            Sahabat           : Ya.
Umar               :Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui saat dia keluar masuk?
            Sahabat           : Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah menemaninya dalam satu perjalanan (musafir) dan mengenal kemuliaan akhlaknya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Adakah kamu pernah berinteraksi dengannya yang melibatkan dinar dan  dirham (duit), sehingga kamu mengenal sifat hati-hatinya?
            Sahabat           :Tidak.
Umar               :Mungkin kamu pernah melihatnya berdiri dan duduk solat di masjid, mengangkat kepalanya pada suatu ketika dan menundukkannya pada saat yang lain?
            Sahabat           :Ya.
            Umar               :Pergilah. Sungguh kamu tidak mengenalnya.


p/s : Tak payah ber'couple' pon kalo kita nak kenal seseorang. Takut kalo dah bercinta, nanti kawin hilang KEMANISAN dalam rumahtangga. 

Sunday, 8 April 2012

Bersahabat Biar Sampai Syurga.. ^^

Assalamualaikum w.b.t..

Pagi ini, hati tersentuh untuk berbicara mengenai S.A.H.A.B.A.T..

Setiap daripada kita pasti mempunyai kawan baik, sahabat atau paling tidak teman yang sentiasa ada di sisi atau kawan rapat. Suka untuk saya persoalkan, atas dasar apakah kita BERSAHABAT/BERKAWAN? Seandainya asbab atau punca kita bersahabat itu semata-mata keduniaan, saya berani jamin, RUGILAH ANDA.


## Bersahabat Biar Sampai Syurga

Inilah sebenar-benar niat/nawaitu kita bersahabat. Kita berkawan/bersahabat biar kerana Allah. Kenapa perlu kerana Allah? Kerana Allah telah menjanjikan SYURGA dan NAUNGANNYA bagi insan-insan yang berkasih semata-mata kerana Dia.

Mari sama-sama kita KOREKSI/MUHASABAH diri. Adakah kita seorang sahabat yang baik?

1. Adakah kita rela meminjamkan duit kita kepada sahabat seandainya sahabat itu memerlukan duit meskipun saat itu kita juga dalam kesempitan?

2. Adakah kita rela mengorbankan waktu tidur kita semata-mata mahu meringankan beban sahabat kita?

3. Adakah kita sanggup mendengar segala celoteh sahabat sewaktu dia sedang berduka?

4. Adakah kita senantiasa berada di sisi sahabat kita sewaktu dia benar-benar memerlukan seseorang? Atau kita hanya menjadi seorang pemerhati di kejauhan?

5. Adakah kita seorang sahabat yang hanya menjadi teman di waktu suka? Seandainya sahabat mempunyai masalah dengan sesiapa sahaja, kita hanya membiarkan dia keseorangan menyelesaikannya?

6. Adakah kita memberi nasihat kepada sahabat seandainya dia tergelincir  dari landasan yang benar?

7. Adakah kita mengenepikan sahabat kita sekiranya ada rakan lain yang sedang berbual dengan kita?

8. Jika semua perkara di atas tidak dilakukan, adakah kita layak digelar seorang sahabat?

MUNGKIN, sahabat anda itulah SAHABAT yang sebenar. Meskipun, sudah banyak perkara yang menyebabkan dia terasa hati mungkin juga berkecil hati, tetapi, dia hanya mendiamkan diri kerana ingin menjaga perasaan anda. Mungkin juga di dalam hatinya dia sentiasa berdo'a agar kita tidak melakukan kesalahan yang sama lagi.

p/s : Kawan.. mungkin benar aku sering menyakiti hatimu.. Ampunkanlah aku. Barangkali niatku jauh tersasar. Saat mula memperbetulkannya, engkau sudah jauh meninggalkan aku. Kawan..aku ingin bersamamu sehingga ke syurgaNya..



~P.E.N.A.H.A.T.I.K.U~





Saturday, 7 April 2012

Adakah aku diuji?

Assalamualaikum w.b.t.. ^^

Kaifahalukum? Afwan sangat sebab agak lama menyepi.. Menyepi bukan sebarang menyepi tetapi sebenarnya menyepi untuk mengutip kekuatan dan juga ilmu agar dapat dikongsikan bersama-sama. InsyaAllah. Entry hari ini simple saja, ADAKAH AKU DIUJI..

Adakah aku diuji?
Terkadang tampak simple saja ujian datang menduga,
Tetapi,
Besar makna yang tersirat di sebaliknya.

Adakah aku diuji?
Terkadang tak terasa pon kita sedang diuji.
Barangkali ujian yang terlalu kecil
sehingga kita tak sedar
kita sedang diuji.

Adakah aku diuji?
Mungkin maksud 'uji' bagi sesetengah orang
hanya tertumpu kepada perkara-perkara besar saja.
Barangkali yang berkaitan dengan kewangan, kawan-kawan, ibu bapa
Tetapi,
Terlupa, dalam pada itu,
ada perkara yang lebih besar nilainya yang sedang diuji.
Itulah IMAN dan HATI.

Adakah aku diuji?
Kadangkala aku hendak menjawab 'Ya',
tetapi aku bimbang,
andai itu jawapanku,
aku akan terlalu berfikir mengenainya.
Siapa yang tak takut dengan UJIAN.
Jadi?
Aku diamkan diri.
Perkataan 'uji' aku tolak ke tepi.

Adakah aku diuji?
Mungkin juga,
perkataan uji itu seringkali mengingatkan aku pada akhirat.
Aku takut pabila memikirkannya.
Bimbang dengan amalan yang masih tak seberapa,
entah di terima atau hanya menjadi kain buruk di tepi sudut.
Lantas, aku yakin itu bukan satu ujian.

Adakah aku diuji?
Lalu, di saat itu,
Aku benar-benar diuji.
Ujian mendatang dalam keadaan tidak ku sedari.
Namun,
Allah, Tuhanku dan juga Tuhanmu,
Menguji kita kerana Dia senantiasa melihat kita.
Bukankah itu yang kita mahukan?
Diperhatikan oleh Yang Maha Penyayang?

Adakah aku diuji?
Andai saat ini,
tiada uji dan duga dirasa,
Aku pasti,
Leka dan alpa menghiasi diri.
Tatkala aku merasakan yang aku tidak diuji,
barangkali,
itulah saat aku diuji !


P.E.N.A.H.A.T.I.K.U

Inilah warna-warni kehidupan.
Terkadang terasa amat indah.
Belum sempat menghayati detik itu,
Ujian datang menjengah.
Itulah bukti,
Allah masih sayangkan kita.
^^