Followers

Friday, 31 August 2012

Kenalkah Rasulullah dengan kita ?

Assalamualaikum w.b.t..



Pada satu malam, dia bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w langsung tidak menoleh ke arahnya. Kemudian lelaki itu bertanya, "Wahai Rasulullah, apakah engkau marah padaku?" Rasulullah s.a.w menjawab, "Tidak". Lelaki itu bertanya lagi, "Mengapa engkau tidak menoleh dan memandang kepadaku?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Kerana aku tidak mengenalimu." Lalu lelaki itu menambah, "Bagaimana engkau tidak mengenaliku, bukankah aku ini umatmu? Padahal para ulama telah mengatakan bahawa engkau mengenali umatmu lebih daripada ayah ibunya." Rasulullah s.a.w menjawab, "Aku tidak mengenalimu kerana engkau tidak mahu mengingatiku dengan membaca selawat. Padahal aku kenal pada umatku itu bergantung kepada bacaan selawat mereka kepadaku."

Kemudian lelaki itu terbangun dari mimpinya. Lalu dia mewajibkan dirinya dengan membaca selawat 100 kali sehari. Maka beberapa hari kemudian pemuda tadi bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w berkata, "Sekarang aku kenal engkau dan aku syafaati engkau."

– Imam al-Ghazali (Mukashafah al-Qulub)

Taken from : Syahirul.com

Jom 'wajib'kan diri untuk berselawat..
Kalau tak boleh buat 100 kali,
at least 10 kali.. Kan ?
it'e better than NEVER .. :D


Thursday, 30 August 2012

Fakta Menarik Perkahwinan Ustaz Don Daniyal Yang Patut Dicontohi

Assalamualaikum w.b.t.. :))

Berikut adalah perkongsian pengalaman dari krew Nadia 
Zahari Photography dan Artmosphere Photography mengenai 
Majlis perkahwinan Ustaz Don Daniyal tempoh hari.


1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan 
dengan selawat.

2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan 

ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk
bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.

3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin 

kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi 
orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.

4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai 

hanya untuk tujuan berubat sahaja.

5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak 

keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.

6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don 

memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama
Allah dan mendoakan keberkatan baginya.

7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk

 tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.

8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan. 

Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family 
ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin 
tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level
dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.

p/s : Biar sederhana, asal ada berkatNya :))