Zahari Photography dan Artmosphere Photography mengenai
Majlis perkahwinan Ustaz Don Daniyal tempoh hari.
dengan selawat.
2. Husna memakai inai di pergelangan tangan sahaja iaitu bukan
ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk
bunga/tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.
3. Make up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin
kerana diri Husna sendiri, dia tidak mahu melihat Husna menjadi
orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.
4. Tiada inai di tiga jari Ustaz Don kerana inai di lelaki dipakai
hanya untuk tujuan berubat sahaja.
5. Selepas ijab qabul nikah Ustaz Don meminta izin kedua pihak
keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.
6. Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna, Ustaz Don
memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama
Allah dan mendoakan keberkatan baginya.
7. Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk
tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.
8. Kesemua hantaran di kedua belah pihak berbentuk makanan.
Pengantin ingin berkongsi kegembiraan dengan seluruh family
ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin
tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level
dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain.
p/s : Biar sederhana, asal ada berkatNya :))
No comments:
Post a Comment