Followers

Monday, 11 February 2013

Alhamdulillah. Aku masih hidup!

Bismillah..

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah, tanggal 10 Februari 2013, tamat sudah Kem Muslim Mumtaz yg diadakan khusus untuk adik-adik Pertubuhan Anak Yatim dan Miskin (ADIK) Sik, Kedah. Alhamdulillah. Walaupun banyak dugaan yg harus ditempuh sebelum, semasa dan jugak selepas kem, tapi itu sebenarnya satu tarbiyah buat diri yg kerdil lagi hina ini.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah yg kesekian kalinya kerana Allah masih lagi beri peluang untuk bernafas atas muka buminya. Meski, aku masih berbuat dosa :'(

10 Feb 2013

Aku hampir-hampir accident time on the way balik rumah dari Rumah Gemilang. :'( Sebab mengantok. Nak kata mengantok sangat-sangat tu tak juga tapi jadi macam khayal macam mana tah. Masha Allah. Time sedar tu rupanya dah masuk jalan orang lain and sket ja lagi nak langgar kereta tu :'(

Kali kedua, mujurla tak teruk sangat.huhu. tapi, bunyi kuat la jugak. *Terlanggar divider :'( huhu. memang cerah ja mata ni lepas terlanggar divider tu. Tak sedar yg kereta makin ke tepi. Lastly himpit divider and langgar divider. Memang kuat bunyinya. Malu kat kereta belakang. huhu. Alhamdulillah bila check kemek sket ja. Huhu..

AllahuRabbi.

Pengalaman sangat2 lah yg tu. Tak pernah lagi kao mengantok time drive sampai lali tak sedar apa2. first time ni. Takutnya ya Allah.

Mudah-mudahan perkara ni takkan berulang lagi. Dan, moga aku sempat bertaubat sebelum kematian menjemputku. :'(


Friday, 1 February 2013

Assalamualaikum wbt..

Medan tarbiyah benar-benar memerlukan hati-hati yang betul-betul kental, penuh dengan kesabaran serta berlapang dada. Sebab apa? Kerana bila diri kita telah berada dalam medan tersebut bermaksud kita sendiri telah rela dan bersedia untuk diuji. Ujian Allah datangkan dalam bentuk yang pelbagai bergantung pada diri dan hati masing-masing.

Sejak dua menjak ni, ana dapat rasakan ujian Allah datang bertalu-talu. Allah benar-benar 'mentarbiyah' diri yang hina serta sentiasa melakukan dosa ni. :'( 

Bukan mudah untuk menghadapi segala ujian tersebut. Allah tak memberi ujian sewenang-wenangnya tanpa hikmah disebaliknya. Untuk kita fikirkan apa jua hikmahnya, perlunya hati yang sentiasa sabar dan berlapang dada. Barulah boleh fikir dengan rasional.

Tapi, senang lidah menyebut 'sabar', menyebut 'berlapang dada', tapi bila soal nak aplikasikannya, itulah saat kita benar-benar diuji dengan apa yg kita sendiri ucapkan.

Allahu Akbar. :'(

Itulah pentingnya bercakap bila perlu, dan diam itu lebih baik dari cakap yg sia-sia.