Followers

Sunday, 8 April 2012

Bersahabat Biar Sampai Syurga.. ^^

Assalamualaikum w.b.t..

Pagi ini, hati tersentuh untuk berbicara mengenai S.A.H.A.B.A.T..

Setiap daripada kita pasti mempunyai kawan baik, sahabat atau paling tidak teman yang sentiasa ada di sisi atau kawan rapat. Suka untuk saya persoalkan, atas dasar apakah kita BERSAHABAT/BERKAWAN? Seandainya asbab atau punca kita bersahabat itu semata-mata keduniaan, saya berani jamin, RUGILAH ANDA.


## Bersahabat Biar Sampai Syurga

Inilah sebenar-benar niat/nawaitu kita bersahabat. Kita berkawan/bersahabat biar kerana Allah. Kenapa perlu kerana Allah? Kerana Allah telah menjanjikan SYURGA dan NAUNGANNYA bagi insan-insan yang berkasih semata-mata kerana Dia.

Mari sama-sama kita KOREKSI/MUHASABAH diri. Adakah kita seorang sahabat yang baik?

1. Adakah kita rela meminjamkan duit kita kepada sahabat seandainya sahabat itu memerlukan duit meskipun saat itu kita juga dalam kesempitan?

2. Adakah kita rela mengorbankan waktu tidur kita semata-mata mahu meringankan beban sahabat kita?

3. Adakah kita sanggup mendengar segala celoteh sahabat sewaktu dia sedang berduka?

4. Adakah kita senantiasa berada di sisi sahabat kita sewaktu dia benar-benar memerlukan seseorang? Atau kita hanya menjadi seorang pemerhati di kejauhan?

5. Adakah kita seorang sahabat yang hanya menjadi teman di waktu suka? Seandainya sahabat mempunyai masalah dengan sesiapa sahaja, kita hanya membiarkan dia keseorangan menyelesaikannya?

6. Adakah kita memberi nasihat kepada sahabat seandainya dia tergelincir  dari landasan yang benar?

7. Adakah kita mengenepikan sahabat kita sekiranya ada rakan lain yang sedang berbual dengan kita?

8. Jika semua perkara di atas tidak dilakukan, adakah kita layak digelar seorang sahabat?

MUNGKIN, sahabat anda itulah SAHABAT yang sebenar. Meskipun, sudah banyak perkara yang menyebabkan dia terasa hati mungkin juga berkecil hati, tetapi, dia hanya mendiamkan diri kerana ingin menjaga perasaan anda. Mungkin juga di dalam hatinya dia sentiasa berdo'a agar kita tidak melakukan kesalahan yang sama lagi.

p/s : Kawan.. mungkin benar aku sering menyakiti hatimu.. Ampunkanlah aku. Barangkali niatku jauh tersasar. Saat mula memperbetulkannya, engkau sudah jauh meninggalkan aku. Kawan..aku ingin bersamamu sehingga ke syurgaNya..



~P.E.N.A.H.A.T.I.K.U~





Saturday, 7 April 2012

Adakah aku diuji?

Assalamualaikum w.b.t.. ^^

Kaifahalukum? Afwan sangat sebab agak lama menyepi.. Menyepi bukan sebarang menyepi tetapi sebenarnya menyepi untuk mengutip kekuatan dan juga ilmu agar dapat dikongsikan bersama-sama. InsyaAllah. Entry hari ini simple saja, ADAKAH AKU DIUJI..

Adakah aku diuji?
Terkadang tampak simple saja ujian datang menduga,
Tetapi,
Besar makna yang tersirat di sebaliknya.

Adakah aku diuji?
Terkadang tak terasa pon kita sedang diuji.
Barangkali ujian yang terlalu kecil
sehingga kita tak sedar
kita sedang diuji.

Adakah aku diuji?
Mungkin maksud 'uji' bagi sesetengah orang
hanya tertumpu kepada perkara-perkara besar saja.
Barangkali yang berkaitan dengan kewangan, kawan-kawan, ibu bapa
Tetapi,
Terlupa, dalam pada itu,
ada perkara yang lebih besar nilainya yang sedang diuji.
Itulah IMAN dan HATI.

Adakah aku diuji?
Kadangkala aku hendak menjawab 'Ya',
tetapi aku bimbang,
andai itu jawapanku,
aku akan terlalu berfikir mengenainya.
Siapa yang tak takut dengan UJIAN.
Jadi?
Aku diamkan diri.
Perkataan 'uji' aku tolak ke tepi.

Adakah aku diuji?
Mungkin juga,
perkataan uji itu seringkali mengingatkan aku pada akhirat.
Aku takut pabila memikirkannya.
Bimbang dengan amalan yang masih tak seberapa,
entah di terima atau hanya menjadi kain buruk di tepi sudut.
Lantas, aku yakin itu bukan satu ujian.

Adakah aku diuji?
Lalu, di saat itu,
Aku benar-benar diuji.
Ujian mendatang dalam keadaan tidak ku sedari.
Namun,
Allah, Tuhanku dan juga Tuhanmu,
Menguji kita kerana Dia senantiasa melihat kita.
Bukankah itu yang kita mahukan?
Diperhatikan oleh Yang Maha Penyayang?

Adakah aku diuji?
Andai saat ini,
tiada uji dan duga dirasa,
Aku pasti,
Leka dan alpa menghiasi diri.
Tatkala aku merasakan yang aku tidak diuji,
barangkali,
itulah saat aku diuji !


P.E.N.A.H.A.T.I.K.U

Inilah warna-warni kehidupan.
Terkadang terasa amat indah.
Belum sempat menghayati detik itu,
Ujian datang menjengah.
Itulah bukti,
Allah masih sayangkan kita.
^^