Assalamualaikum wbt
Sekadar coretan rasa yang dirasa agar sama-sama dapat merasa, Insha Allah.
Air sungai kala ini
deras dan sentiasa mengalir
tiada tanda-tanda
akan berhenti
meski ada batu besar menyekat
tetap jua ia mengalir.
Ku renung dalam-dalam
Lalu hatiku tersentap
Begitulah jua cinta Sang Pencipta
kepada yang dicipta
KasihNya takkan pernah berhenti
MemberiNya pada kita
meski bergunung dosa kita berbuat.
Lalu ku aju diri
Apakah engkau sudah bersyukur
pada hari ini?
Nafasmu itu berbayarkah?
Nikmat sihat itu siapa yang beri?
Tenangnya hatimu itu siapa yang mengizinkan?
Tidakkah rasa sekelumit rasa syukurmu?
Allah.
Aku bersyukur atas kurniaanMu
yang tiada tandingannya
aku bersyukur jua
atas rasa yang dirasa
lalu ku buktikan dengan
kekuatan amal
agar melalui itu
aku mampu meluahkan
segala rasa yang dirasa
segala hajat yang dipanjat.
Jiwa ku kini
penuh dengan bunga
bisa aku katakan
sudah menjadi sebuah taman
aku bisa berlari
dengan penuh girang
namun
langkahku terhenti seketika
kerana itu semua belum jadi nyata
kerana aku masih punya Pencipta
yang mengizinkan penyatuan
apatah lagi perpisahan.
Lalu taman hati ini
tidak lagi berani menyegar
kerana ada harapan yang belum pasti
Allah jua tempat untukku kembali.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment