Followers

Saturday, 13 July 2013

Ramadhan 4

Assalamualaikum wbt.



Terkadang diri ini tersasar
Kadang itu barangkali selang sehari
Mungkin juga semiggu sekali
Apa pun definisinya
Aku tetap juga khilaf.

Aku kira aku kuat

Keyakinan utuh kerana taubat sudah ku tunai
Hati menyedut tenang
Minda selapang padang
Anggota terasa ringan membanting tulang.

Tapi aku silap.

Taubat tak menjanjikan
Dugaan tak kembali kau tempuh
Ujian tak kembali bertaruh
Kerana aku seorang hamba.

Lantaran itu

Hiasi sujudmu dengan kesungguhan
Kebencian kembali pada maksiat
Keyakinan pengampunan dariNya
Lantas diri sentiasa jaga.

Bulan ini bulan barakah

Bulan didalamnya turunnya mukjizat
Nah, lamarlah maghfirahNya dengannya
Intailah rahmatNya di setiap Tahajjudmu
Moga syurga kamar terakhir kita.








No comments:

Post a Comment