Followers

Friday, 5 April 2013

Allah Jua Sebaik-baik Tempat Kembali

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah.. Setinggi-tinggi rasa kesyukuran dipanjatkan kepada Allah, Tuhan Semesta Alam yang sentiasa memberikan nikmat demi nikmat setiap hari. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Terima Kasih Ya Allah.

Betapa banyaknya insan2/barang2/perkara2 yang Allah pinjamkan pada kita sehingga hari ini. Namun begitu, terkadang kita merasa sangat sedih dan sakit hati apabila kita kehilangan samada barang yang kita cintai tambah-tambah lagi insan yang kita sayang. Kita terlupa seketika bahawa itu semua adalah pinjaman semata-mata! Tiada satu pun di dunia ini kita yang punya! Melainkan pahala-pahala dari amalan-amalan yang kita lakukan; bersedekah, baca Al-Quran, solat sunat, tolong kawan-kawan, bersahabat, berkasih sayang dan sebagainya, hanya pahala-pahala itulah sebenarnya yang HANYA kita miliki. Adapun handphone mahal dan yang tercanggih yang kita punya sekarang, televisyen yang teramat besar dan lebar, rumah banglo yang bertingkat-tingkat, kereta yang sentiasa meluncur laju di highway, tu semua BUKAN KITA YANG PUNYA!

Allah pinjamkan sahaja semua itu, suatu hari nanti pasti akan diambil KEMBALI..

Allah.. Allah..Allah..

Coretan hati pada kali ini ingin menyentuh sedikit tentang rasa kasih dan sayang pada insan yang bernama manusia tidak kiralah siapa pun dia.

Perasaan kasih dan sayang yang sebenarnya telah Allah kurniakan punya sebab dan alasan. Mengapa rasa ini Allah jadikan ia sebagai satu fitrah? Kerana setiap manusia perasaan asas yang ada dalam hati kita semua adalah rasa sayang. Meski sejahat mana sekalipun seseorang itu, pasti terselit juga rasa secebis kasih dan sayang.

Namun begitu, rasa kasih kepada ibu bapa adalah wajib. Kita perlu kasih kepada kedua ibu bapa kita tidak kira yang masih hidup ataupun meninggal dunia. Itu semua sudah mengetahuinya. Bagaimana pula dengan rasa kasih kepada insan bergelar sahabat?? Adakah kita perlu rasa kasih kepada sahabat kita? Jawapannya YA!

Hal ini kerana Rasulullah saw sendiri punya sahabat karib. Dan, Rasulullah juga telah menganjurkan kita semua sejak dari dulu lagi sekiranya kita sayang pada seseorang. nyatakan rasa itu. Allah Akbar! 

Jadi, mulai hari ini, sekiranya kita punya sahabat yang kita kasih kepadanya, katakan kepadanya yang kita amat menyayanginya sebelum terlambat. Yakinlah setiap apa yang Rasulullah suruh atau anjurkan itu pasti punya hikmah yang sangat besar!

Tapi...

Bagaimana pula sekiranya kita punya rasa kasih kepada insan yang berbeza jantina?


Apabila kita menyentuh tentang perihal perasaan kepada insan yang berbeza jantina, ia juga merupakan fitrah dan dibenarkan. Yang tidak dibenarkan ialah rasa kasih kepada insan sejenis yang melebihi dari batasan agama. Sekiranya kita merasakan yang sedemikian, pertama-tamanya ucapkanlah Alhamdulillah kerana kita berada dalam ruang lingkup yang selari dengan ajaran agama. Alhamdulillah.

Namun begitu, adakah perasaan sedemikian tak dibenarkan? Allah menciptakan perasaan sedemikian pasti ada sebab musababnya. Dan, Allah yang Maha Mengetahui sudah tentu mengetahui apa yang akan terjadi pada masa depan tambah-tambah lagi sekarang. Apa yang kita perlu buat dengan perasaan itu ialah alirkan atau lalukan rasa kasih / sayang / cinta itu kepada Allah. Biarlah apa-apa pun yang kita rasa semuanya kerana Dia. 

Ya, kita boleh untu punya perasaan sedemikian tetapi yang membezakan perasaan kita itu dengan yang dirasakan oleh orang yang telah menyalahgunakan ialah kita MENGAWALNYA.
Ya, kawal rasa itu jangan sehingga kita melebhkan rasa cinta itu daripada rasa cinta pada Allah, Rasulullah dan juga ibu bapa kita. 

Peliharalah rasa itu dan berdoalah kepada Allah supaya Allah beri kekuatan untuk kita terus mengawalnya dan sehingga kita berjumpa dengan insan yang telah Allah tetapkan. Mudah-mudahan, kita mendapat jodoh yang soleh dan solehah semuanya, Ameen!

Jangan sesekali kita meluahkan apa yang kita rasa pada insan yang belum berhak atau tidak berhak mendapatkannya. Jangan bazirkan masa untuk seseorang yang tidak kenal erti menghargai. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar memelihara hati dalam apa jua keadaan. Hanya orang yang BERHAK sahaja layak untuk mendapat rasa kasih, sayang dan juga cinta kita. Jadikanlah perasaan itu MAHAL. Berdoalah kepada Allah, semoga kita dikurnikan pasangan hidup yang SEFIKRAH, SOLEH dan semestinya bermatlamatkan ALLAH dalam apa jua tindakan. Insha Allah, kita akan bertemu dengan insan yang turut menjaga hati, insha Allah. 







No comments:

Post a Comment