Followers

Sunday, 27 January 2013

Doaku.


Assalamualaikum wbt =)


Semoga menjadi fatah yang disegani krn byknya ilmu,

Semoga mnjadi fatah yg hatinya inginkan tertegaknya kmbali Islam di ats muka bumi,
Semoga menjadi fatah yang bencinya krn Allah dan cintanya juga krn Allah,
semoga menjadi fatah yg sentiasa dahagakan ilmu,
Semoga menjadi fatah yg mampu memberi manfaat kpd setiap insan yg mendampingi dan didampinginya,
Semoga menjadi fatahuddin buat Islam, Negara, Keluarga dan Sahabat.

"Orang jahil semuanya binasa kecuali yang berilmu..

orang berilmu semuanya binasa kecuali yang beramal..
orang beramal semuanya binasa kecuali yang ikhlas..
untuk mencapai darjah keikhlasan perlu banyak berjuang..
ibarat mendaki bukit yang tinggi,
hanya orang yang lasak saja berjaya sampai ke mercu."




Saturday, 26 January 2013

Persahabatan teruji!

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Alhamdulillah. Hari ni dah 14 Rabiulawal 1434 hijrah.. Dah 2 hari tarikh kelahiran insan yang dicintai oleh seluruh makhluk Allah berlalu..Mudah-mudahan kita dapat mencintai Rasulullah saw, sepertimana baginda mencintai kita meski takkan pernah sama dan setara dengan nilai kasih dan cinta Rasulullah! :'(


____________________________________________________________________

Wahai sahabat
Bukan niatku untuk menyakiti hatimu
Lebih-lebih lagi berkasar denganmu.

Entah mengapa
Rasa ini datang bertamu
Tak ingin terus di situ
Apatah lagi dijemput.

Namun
Apakan daya
Hakikat seorang manusia
Aku tewas dengannya! :'(

Maafkan aku wahai sahabat,
Telah ku cuba berikan yang sempurna
Tetap gagal menyentuh jiwa
Kalah dengan rasa sentiasa.

Sahabat,
Meski banyak aku luka
Engkau tetap masih memuja.
Betapa mulianya hatimu sahabat.. :'(

Aku ingin ke sana
Menyambut bahagia yang telah ditinta
Tapi bukan seorang pastinya
Ingin bersamamu ke syurga CINTA!

Hidup ini umpama sehelai kanvas
Yang bisa ku corakkan segala terlintas
Tak seindah seperti yang dibahas
Kerna aku punya batas.

Ku atur jari serta jemari
Bersedia hati di papan kekunci
Memohon maaf  sepenuh hati
Kerna aku khilaf lagi. :'(

Aku juga seperti dia
Ingin ku luah sayang di jiwa
Namun kata tertelan di dada
Lantas diam seribu bahasa.

Meski tidak aku kata
Walau sudah aku cuba
Kasihku sahabat tiada frasa
Meski ditanya sebesar mana.


Uhibbukifillah abadan abada! :')


Thursday, 24 January 2013

Surah 75, Surah al-Qiyamah (Hari Kiamat) : 40 ayat.

Bismillahi al-Rahman al-Rahim (Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).
75-1: Aku (Allah) bersumpah dengan hari kiamat.
75-2: Dan Aku (Allah) bersumpah dengan “nafsu lawwamah” (jiwa yang amat menyesali dirinya sendiri).
75-3: Apakah manusia mengira, bahawa Kami (Allah) tidak akan mengumpulkan tulang belulangnya?
75-4: Bahkan Kami (Allah) berkuasa menyempurnakan jari-jemarinya dengan sempurna.
75-5: Bahkan manusia itu hendak membuat maksiat terus menerus.
75-6: Dia bertanya: "Bilakah hari kiamat itu?"
75-7: Maka apabila mata terbelalak.
75-8: Dan apabila bulan hilang cahayanya.
75-9: Dan matahari dan bulan dikumpulkan.
75-10: Pada hari itu manusia berkata: "Ke mana tempat lari?"

75-11: Sekali-kali tidak! Tidak ada tempat berlindung!
75-12: Hanya kepada Rab (Tuhan) engkau sahajalah pada hari itu tempat kembali yang kukuh.
75-13: Akan diberitahukan kepada manusia pada hari itu apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya.
75-14: Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri.
75-15: Meskipun dia mengemukakan berbagai keuzuran.

75-16: Maka janganlah engkau menggerakkan lidah engkau kerana hendak bersegera dengannya.
75-17: Sesungguhnya atas Kami (Allah) mengumpulkannya dan membacanya.
75-18: Maka apabila Kami (Allah) telah selesai membacakannya maka ikutilah bacaannya itu.
75-19: Kemudian sesungguhnya atas Kami (Allah) penjelasannya.

75-20: Sekali-kali tidak! Bahkan kamu mencintai yang cepat (kehidupan dunia).
75-21: Dan meninggalkan akhirat.
75-22: Wajah-wajah (orang Mukmin) pada hari itu berseri-seri.
75-23: Kepada Rab (Tuhan)nya (mereka) melihat.
75-24: Dan wajah-wajah (orang kafir) pada hari itu muram.
75-25: Dia mengira akan ditimpakan kepadanya malapetaka yang amat dahsyat.

75-26: Sekali-kali tidak! Apabila (nafas) telah sampai ke kerongkong.
75-27: Dan dikatakan: "Siapakah yang dapat menyembuhkan?"
75-28: Dan dia menyangka sesungguhnya itulah waktu perpisahan.
75-29: Dan bertaut betis (kiri) dengan betis (kanan).
75-30: Kepada Rab (Tuhan) engkau pada hari itu tempat kembali.
75-31: Maka tidaklah dia membenarkan dan tidaklah dia solat.
75-32: Tetapi dia mendustakan dan berpaling.
75-33: Kemudian dia pergi kepada ahlinya dengan sombong.
75-34: Kecelakaanlah bagi kamu dan kecelakaanlah.
75-35: Kemudian kecelakaanlah bagi kamu dan kecelakaanlah.

75-36: Apakah manusia mengira, bahawa dia akan dibiarkan begitu sahaja?
75-37: Bukankah dia dahulu setitik mani yang ditumpahkan?
75-38: Kemudian ia menjadi segumpal darah, lalu Dia (Allah) menciptakannya dan menyempurnakannya.
75-39: Lalu Dia (Allah) menjadikan daripadanya sepasang, laki-laki dan perempuan.
75-40: Bukankah yang demikian berkuasa menghidupkan yang mati?


Kisah Rasulullah saw dengan pengemis Yahudi yang buta


Pernahkah kita mendengar tentang berdakwahlah secara berhikmah. Kisah ini ada berkait rapat dengan dakwah bil hikmah yang mana, Nabi Muhammad berjaya membuat orang tertarik dengan Islam dengan hanya melakukan perbuatan sahaja. Kisah ini bermula di sudut pasar Madinah Al-Munawarah. Ada seorang pengemis Yahudi buta, setiap hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata, “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya.”
Setiap pagi Rasulullah s.a.w mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah s.a.w menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis ituwalaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah s.a.w melakukannya hingga menjelang baginda wafat. Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi yang buta itu.
Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.a. Beliau bertanya kepada anaknya, “Wahai anakku, adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan?” Aisyah r.a menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah, hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayah lakukan kecuali satu sunnah saja.” “Apakah itu?” tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagiRasulullah s.a.w selalu pergi ke hujung pasar dengan membawa makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana,” kata Aisyah r.a.


Keesokan harinya Abu Bakar r.a pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar r.a mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “Siapakah kamu?” Abu Bakar r.a menjawab, “Aku orang yang biasa.” “Bukan! engkau bukan orang yang biasa mendatangiku,” jawab si pengemis buta itu. “Apabila dia (Rasulullah s.a.w) datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu dia berikan padaku dengan mulutnya sendiri,” pengemis itu melanjutkan perkataannya.
Abu Bakar r.a tidak dapat menahan air matanya, dia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, “Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Dia adalah Muhammad Rasulullah s.a.w.” Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a, dia pun menangis dan kemudian berkata, “Benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, dia tidak pernah memarahiku sedikitpun, dia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, dia begitu mulia.” Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a.
Sumber http://www.informasi.my/kisah-rasulullah-saw-dengan-pengemis-yahudi-yang-buta/

Kini, Baginda tiada lagi.
Namun, perjuangannya harus diteruskan! 
Sollu 'ala Nabi!
~Salam Maulidur Rasul~
12 Rabi'ul Awal 1434



Friday, 11 January 2013

:)

Assalamualaikum wbt :)

Alhamdulillah. Masih dikurniakan nyawa dan kesempatan untuk mengubah hari-hari yang mendatang untuk jadi yang lebih baik. Pagi tadi, ada riadah bersama ahli-ahli usrah. Alhamdulillah.. Seronok dapat jumpak adik-adik baru walaupun dah lama kenal. hehe. Barulah rasa macam saudara bila seusrah ni. :')

Hari jugak, ana jumpak sesuatu. Alhamdulillah, ana dapat rasakan yang Allah beri jalan sebenarnya. Buat masa sekarang, rasa agak bercelaru. So many things to do and manage myself. Anyway, I have to do this. There;is no easiest way out to get an achievement. So, better buckle up right now. Allah dah gerakkan hati untuk berubah. Kenapa masih nak melengah2kannya kan? Think positive. Tu benda yg sangat penting. Makcik tu cakap, almost 90% Malaysian yang berfikiran negatif. So, harap2 kita bukan termasuk dalam golongan tu. Sebab, Islam sendiri menganjurkan kita semua supaya bersangka baik. Itulah sebenarnya yang membentuk cara kita berfikir :-)

Lastly, all I need is motivation and your prayers. :') Pray for my successful dunia and akhirat. Amin!
Tak lupa jugak untuk mendoakan kita semua. Amin!

Salam Jumu'ah Barakah! ^^

#Think Positive#
#Istiqamah and be patience#


Thursday, 10 January 2013

Challenge myself! Chaiyokk!

Assalamualaikum wbt..

:-) I'm going to challenge myself. Hopefully I can do my best. This is a dream that has been ignored for a long time. I shouldn't abandon it any longer. Enough is enough. I just started today actually. But, so far, I encounter such a huge obstacle! :'( Be patience. It's ok. Everything will be ok after a month Insha Allah. Im gonna see the result after a month. 

Now, the crucial part that I learn so far is ISTIQAMAH. It's not as easy as the words spelled. It has a deep meaning. Without ISTIQAMAH, everything will ruin. I put a big effort on it. It shows how high my HOPE is. :') When they ask me why I do this. I just smile. Sometimes, something can't be explained by words. It is because the reasons why I do this are more than what they think of. Yes, I know what is in their mind. No worries. I don't take it to my heart. *wink wink. 

What kind of result that I will get, it shows how it works and the efforts that I have put in. And, the most important thing is, my SATISFACTION! 

May ALLAH bless! <3 Ameen!

Wednesday, 2 January 2013

2013

Assalamualaikum wbt :)

Kita sekarang berada dalam tahun 2013 :) Alhamdulillah..kerana masih dipanjangkan umur.. Mudah-mudahan panjangnya umur yang dikurniakan oleh Allah swt, kita akan gunakannya dengan sebaik mungkin. Adakalanya iman kita turun dan adakala iman kita naik. Itu lumrah. Yg penting, berapa lama kita berada dalam keadaan iman yg kurang dan bagaimana kita usaha utk meningkatkan semula iman. Itu yg perlu kita beri perhatian sebenarnya. Insha Allah, Allah tlg kita yg berkehendak.

Alhamdulillah sekali lagi untuk nikmat yg telah Allah kurniakan kepada kita semua meski diri kita sentiasa melakukan dosa dan noda. Allah masih pemurah dengan kita. :'(