Assalamualaikum wbt...
Sungguh
Bagi mereka yang pasakkan
Keyakinan bahawa setiap ujian
Diiringi kemudahan
Sudah pasti
Hati mereka akan dipenuhi kebahagiaan.
Aku pernah merasakan seperkara
Saat aku mula putus asa
Saat aku sudah tidak percaya lagi
Hancur luluh harapan aku pada manusia
Sekelip mata
Ia bertukar menjadi sejambak bunga
Yang mekar dan harum dengan harapan yang baru.
Aku juga pernah merasakan
Saat tahap kesabaranku di kemuncak
Hanya menanti waktu untuk meletus
Saat aku sudah nekad dengan keputusan
Dan hanya memerlukan sedikit daya untuk melangkah
Tetapi ia tidak berlaku seperti itu.
Aku merenung kembali
Apa yang terjadi padaku
Sudah tentu punya hikmah
Hikmah yang terselit 1001 rahsia
Mungkin inilah jawapan takdirNya
Aku bersyukur..
Hatiku tenang..
Jiwaku terasa sayu..
Wednesday, 13 November 2013
Saturday, 9 November 2013
Cukuplah Allah Bagiku
Assalamualaikum wbt...
Setiap daripada kita punya ujian yang tersendiri, tiada ukuran besar atau kecil ujian tersebut kerana kita diuji mengikut kemampuan kita. Dan, sesungguhnya hanya Allah sahaja yang mengetahui sebesar manakah keupayaan kita.
Terkadang sesuatu ujian itu terasa sangat besar dan kita tidak mampu menghadapinya. Ya, aku tak menafikannya. Kerana aku pernah berada disitu dan masih berada disitu pada saat dan ketika ini. Namun, yakin dan percayalah bahawa Allah Maha Mengetahui. Ujian ini benar-benar setimpal dengan iman kita. Apa yang kita perlu buat bukanlah menyanggah kenyataan itu, tetapi mendekatlah kepada Allah. Dialah yang memberi penyakit dan kepada Dia jugalah tersimpan penawarnya. Mohon kekuatan pada Dia. Allah Maha Kuat saudara/i. "La Hawla Wala Quwwata Illa Billah", sebutlah berkali-kali.. Imilah salah satu penawarnya. Tiada kekuatan melainkan pada Allah.
"Apa yang aku harus lakukan sekarang?" Doa banyak-banyak. Jauhkan hati dari perasaan marah. Tenangkan hati, jernihkan fikiran. Dan, fikirlah dengan rasional. Atur semula langkah yang perlu dilakukan. Dahulukan Allah dan RasulNya semestinya.
Ingatlah...
Allah yang meletakkan kita dalam situasi ini
Allah jualah yang memperjalankan kita dalam situasi ini hingga kita semakin
jauh dari garisan permulaan
Maka yakinlah
Allah akan membawa kita ke garisan penamatnya.
Samada penamatnya bahagia atau sebaliknya
Itulah yang terbaik buat kita.
Subscribe to:
Comments (Atom)
