Assalamualaikum wbt..
Kepada Allah SWT aku sandarkan segala harapan.
Jauh fikiranku melayang
memikirkan bagaimana corak kehidupanku selepas ini
memikirkan segala kelemahan diri yang masih belum diperbaiki
memikirkan setiap tanggungjawab yang perlu dilaksanakan
memikirkan kekuatan yang ada pabila ujian datang menyapa kelak.
Sarat terasa.
Namun,
hati mulai tenang
saat aku teringatkan sesuatu
Allah takkan pernah memberikan sesuatu
Andai itu bukan yang terbaik untuk hambaNya
Mengapa perlu dirisau
Allah dah janji itu semua
Masa masih ada
Perbaiki diri dan akhlak
Penuhi hati dengan ilmu
Mantapkan kefahaman dalam hal tersebut
Siapkan diri dengan segala
Insha Allah
semua baik-baik sahaja.
Insha Allah. Ameen :')
Sunday, 22 September 2013
Thursday, 19 September 2013
Hati ini Milik DIA
Assalamualaikum wbt.
Lama rasanya tak mencoret di blog yang usang ini. Meski usang tapi penuh dengan cerita suka dan duka. Inilah perjalanan hidup seorang insan yang punya cita menjadi muslimah solehah dan punya cerita cinta tersendiri.
Baru aku sedar. Benarlah apa yang telah disebut dalam satu hadis. Hati ialah Raja. Apabila hati sakit, maka sakitlah semua anggota. Benar sekali. Aku mengalaminya. Hati yang gundah gulana, melumpuhkan pergerakan dan aktiviti harian bagi anggota lain. Meski perutku berkeroncong hebat mohon dan merayu untuk diisi, namun apakan daya. Mulutku enggan merasai apa-apa. Manis, masam atau apa sahaja. Tiada lagi kerjasama di situ. Lantas, aku tidak menjamah apa-apa. Meskipun aku paksa, terasa seperti hendak dikeluarkan semula. Ya Allah.
Alhamdulillah. Syukur, syukur dan syukur. Hari ini aku sudah mampu untuk menjamah. Alhamdulillah. Maafkan aku perut. Baru hari ini aku menunaikan hakmu. :'(
Allah..
Tuhanku jua Tuhanmu
Senantiasa ada dan hampir
Sangat hampir kala sujud
Maka mengapa tak kau tumpahkan segalanya
dalam sujudmu?
Allah..
Cabutlah kepedihan jua kesedihan ini
Jangan biarkan ia terus berpanjangan disitu
Campakkanlah ketenangan hati
Engganku melayari bahtera ini lagi
Berikanlah aku bahtera yang baru, Ya Tuhan.
Berat telinga yang mendengar,
Berat lagi hati yang menanggung.
Wahai Tuhan Semesta Alam,
Tiada yang mustahil bagiMu.
Perkenankanlah harapan ini.
"Andai kita meninggalkan sesuatu kerana Allah,
Allah takkan pernah mensia-siakanmu wahai hati.
Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat,
Allah Maha Mendengar,
Allah Maha Mengetahui."
Subscribe to:
Comments (Atom)
